Friday, July 30, 2010

Amalina gadis paling panas Kini diburu

Suspek yang diburu Polis

Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin

Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda.

Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat.

Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta.

SPG : Dalang telah dijumpai...penjenayah tidak akan terlepas...jenayah itu padah..

Thursday, July 29, 2010

Skim cepat kaya tipu anak muda tumpas

Antara Kereta Mewah Yang Ditahan


Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu.

Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

Sindiket itu yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, dipercayai mempunyai lebih 10,000 ahli membabitkan pelaburan berjuta ringgit sebulan.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata sindiket itu menjadikan orang muda yang baru bekerja sebagai sasaran kerana golongan itu mempunyai keinginan tinggi terhadap kereta mewah.

Mereka juga mudah dipengaruhi supaya membuat pinjaman bagi melabur dalam skim itu, katanya ketika dihubungi, semalam.

Rohaimi berkata, polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan "Operasi Serama" yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor selepas membuat risikan sejak tiga bulan lalu hasil aduan orang ramai.

Dalam serbuan itu, 100 upline skim itu berusia antara 20 hingga 30-an yang mengadakan pertemuan di empat restoran di Mentari Court, ditahan dan daripada jumlah itu 50 lelaki dan sembilan wanita direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 downline bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.

Sindiket itu yang mempunyai tiga kumpulan - One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club, juga berjanji membantu ahli mencari downline serta menguruskan pinjaman peribadi bagi membayar wang pelaburan.

Rohaimi berkata, kebanyakan mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima hasil pelaburan yang
yang dijanjikan.

Ada mangsa hanya mendapat kira-kira RM3,000 daripada RM41,000 pelaburan yang dibuat untuk bulan pertama, manakala bulan berikutnya mereka tidak mendapat sebarang pulangan.

Sindiket itu akan memberi pelbagai alasan kepada mangsa termasuk mendakwa mereka gagal mencari downline bagi memenuhi kuota diperlukan, katanya.

Setakat ini, dua laporan polis dibuat berhubung kes itu, manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima 30 laporan.

Sementara itu, seorang mangsa yang enggan dikenali, mendakwa mengalami kerugian sejumlah RM50,000 selepas membuat pinjaman peribadi bagi melabur dalam skim itu.

Disebabkan ingin cepat kaya, saya tidak menghiraukan nasihat keluarga dan rakan-rakan, malah saya menganggap mereka berdengki dengan saya. Tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat itu, saya terus melabur.

Pada bulan pertama, saya mendapat RM3,000. Memang seronok mendapat imbuhan itu, tetapi kegembiraan itu tidak kekal apabila imbuhan yang dijanjikan tidak dimasukkan dalam akaun saya pada bulan berikutnya.

Saya cuba menghubungi upline skim itu tetapi 1001 alasan diberikan dan selepas beberapa minggu, upline terbabit gagal dihubungi, katanya.

SPG : So, hati-hati dalam memilih perniagaan...jangan tamak sangat...

Fail Sulit Osama Terbongkar?

Osama Bin Laden (Versi Penyamaran)

Beberapa fail sulit tentera Amerika Syarikat (AS) mengenai perang di Afghanistan yang disiarkan di laman web WikiLeaks mendedahkan maklumat bahawa Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden pernah bermesyuarat di beberapa buah kampung di antara Pakistan dan Afghanistan pada 2006.

Maklumat itu sekali gus bertentangan dengan kenyataan terbuka Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menegaskan tidak tahu lokasi persembunyian Osama.

Maklumat mengenai Osama itu merupakan antara 91,000 catatan tentera AS yang disiarkan di laman web WikiLeaks di Internet.

Jika pendedahan WikiLeaks itu benar, ia membayangkan Pengarah CIA, Leon Panetta mungkin berbohong apabila beliau menyatakan pada bulan lepas bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang petunjuk kukuh mengenai lokasi persembunyian Osama sejak awal tahun 2000.

Berdasarkan maklumat WikiLeaks itu, Osama kerap menghadiri mesyuarat di beberapa buah kampung di sempadan di antara Pakistan dan Afghanistan pada 2006.

"Dilaporkan, satu pertemuan peringkat tinggi diadakan dengan enam pengebom berani mati diberikan arahan untuk satu operasi di utara Afghanistan. Mesyuarat peringkat tinggi ini diadakan sekali pada setiap bulan," kata laporan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang disiarkan di laman tersebut.

Menurut akhbar Britain, Guardian yang memperoleh dokumen ISAF tersebut menyatakan:

"Empat orang yang hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Taliban, Mullah Omar, Osama Bin Laden, Mullah Dadullah dan Mullah Baradar.'

Dokumen perang ISAF turut menunjukkan Osama mendalangi satu komplot untuk meracuni pasukan ISAF dengan memasukkan sejenis serbuk ke dalam makanan dan minuman askar-askar asing semasa mereka melintasi beberapa buah perkampungan.

Akhbar itu melaporkan seorang askar AS, Bradley Manning, 22, mungkin bertanggungjawab berhubung kebocoran banyak dokumen tentera yang mendedahkan pelbagai maklumat ngeri mengenai perang di Afghanistan dan kematian orang awam.

Menurut seorang penggodam komputer, Adrian Lemo, askar perisikan itu bertanggungjawab membocorkan fail-fail rahsia itu.

Katanya, sebelum ini, Manning dengan bangganya mengakui bahawa dia memuat turun beratus-ratus ribu dokumen sulit tentera AS.

Askar berkenaan tiba-tiba menghubungi Lamo dan mendakwa dia menyalin banyak fail tentera AS ke dalam beberapa cakera padat (CD) dan bersedia untuk diserahkan kepada pihak WikiLeaks.

Manning telah didakwa pada awal bulan ini kerana membocorkan maklumat berhubung rakaman video kokpit sebuah helikopter tentera.

Rakaman tersebut menunjukkan askar-askar AS ketawa semasa mereka menembak mati orang awam Afghanistan di Iraq dan dua wartawan dalam satu pertempuran di Baghdad pada 2007. Manning ditangkap di Iraq tempat dia bertugas.

Dia dipercayai dikurung di sebuah penjara tentera setelah dihantar ke Kuwait. Askar berkenaan akan dibicarakan di mahkamah tentera dan berdepan hukuman berat jika dia didapati bersalah.

Lamo percaya Manning tidak bekerja bersendirian.

Menurutnya, askar AS itu tidak memiliki kepakaran teknologi untuk melakukan kerja-kerja untuk membocorkan dokumen sulit tersebut.

Maklumat itu itu turut mendedahkan bahawa Taliban berjaya menembak jatuh helikopter Chinook di Afghanistan.

SPG : Selamatkah lagi ke Osama Nie??Kat mane dia sekarang?

Thursday, July 22, 2010

Teksi Terselamat Dari Disamun

Kehadiran Polis Tepat Pada Masanya


Tiga penyamun cilik amatur gagal dalam cubaan mereka menyamun seorang pemandu teksi, apabila tindakan mereka itu disedari dua anggota polis peronda sebelum mereka diberkas. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, Sabtu lalu, semua suspek yang berusia 16 tahun itu cuba menyamun seorang pemandu teksi di Jalan Haji Abang Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menggunakan pisau dan belantan besi.

Menceritakan saat mencemaskan itu, mangsa S Arunaithurai, 51, berkata ketiga-tiga remaja terbabit menahan teksinya di sebuah pusat beli-belah di Bangsar dan memintanya menghantar ke TTDI.

S Arunaithurai berkata, pada mulanya dia keberatan untuk menghantar mereka, tetapi kerana kasihan dan keadaan ketika itu hujan lebat dia bersetuju.

Dua daripada suspek duduk di belakang manakala seorang lagi duduk di sebelah beliau serta mengatakan ingin ke rumah rakan mereka. Sebaik tiba tempat dituju seorang daripada mereka keluar, tetapi kembali semula ke teksi.

Suspek memberitahu rakannya tiada di rumah dan ingin berehat sebentar dalam teksi sementara menunggu rakannya pulang. Selepas beberapa ketika mereka mengacukan pisau ke leher dan mengarahkan dia menyerahkan semua wang dan barang berharga.

Menurutnya, bimbang leher dikelar dengan pisau pemotong daging, dia menyerahkan semua barang berharga miliknya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg, namun ketika itu tiba-tiba mereka didatangi sebuah motosikal.

Semua suspek mula panik dan mengancam untuk membunuh dia jika membuat bising. Daripada gaya mereka yang menggelabah itu, pemandu teksi itu percaya mereka bukan penjenayah profesional.

Sebaik dua orang yang menaiki motosikal itu berhenti berdekatan teksi, pemandu teksi itu keluar dan berlari meminta tolong kepada mereka. Rupa-rupanya mereka anggota polis berpakaian preman dan terus menangkap semua suspek.

Mangsa ke balai polis TTDI untuk membuat laporan dan dia bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami kecederaan atau kerugian.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abd Khalid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya semua suspek kini direman.


SPG (Sudut Pandang Garuda) : Moga Pengalaman Pemandu teksi ini dapat menjadikan kita lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang... Jenayah Itu PadaH

Tuesday, July 20, 2010

Anak Durjana

Bahana Buku Lima

Seorang anak durjana sanggup menumbuk kepala bapanya menggunakan ‘buku lima’ sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan hanya kerana ‘rimas’ dengan nasihat bapanya yang mahu dia mencari pekerjaan dan berubah sikap menjadi orang baik.

Malah, anak sulung daripada enam beradik itu turut cuba memukul bapanya menggunakan tukul besi berhampiran rumah mereka di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam Off Jalan Istana Kuala Lumpur.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mustaffa, 44, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, dia yang baru pulang bekerja menegur isterinya berhubung sikap anak sulung lelaki mereka yang gemar melepak dan membuang masa bersama rakan sebaya. 

Mustafa yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di sebuah pusat beli-belah meminta isterinya menasihati anak mereka itu supaya mencari pekerjaan dan membantu enam adiknya. 

Ketika itu, anak mangsa yang berusia 21 tahun melepak dalam rumah. 

“Sebaik mendengar saya berkata demikian, dia menerkam ke arah saya dan memukul kepala saya dengan buku lima hingga kepala saya berdarah. Saya langsung tidak menyangka anak saya sanggup berbuat demikian,”

Menurut Mustafa, akibat kehilangan banyak darah, dia hampir pitam, namun cuba menahan diri daripada terjatuh. 

“Anak saya melarikan diri, namun beberapa minit kemudian, dia muncul kembali sambil menjerit dan cuba memukul saya menggunakan tukul besi. Mujur beberapa jiran yang melihat kejadian itu sempat menahannya. Ketika itu terdetik hati dia berniat untuk membunuh bapa kandungnya,” 

Menurutnya, sebelum ini anak sulungnya itu yang berhenti sekolah sejak berusia 16 tahun pernah beberapa kali menggertak mahu memukulnya setiap kali dinasihatkan supaya berubah sikap. 

“Dia hanya gemar tidur di rumah atau melepak di pusat beli-belah bersama rakan sebaya. Tidak tahan dengan sikapnya itu, saya menasihatinya berubah walaupun ada kalanya dibalas maki hamun dan kata-kata kesat. 

“Bagaimanapun, saya tidak pernah memukulnya berikutan percaya ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan hubungan kami sekeluarga. Namun, selepas bersabar hampir lima tahun, sikapnya kian sukar dikawal, malah pernah diberkas polis kerana terbabit aktiviti tidak sihat,"

SPG : Siapa yang silap dalam hal ni?

Sunday, July 18, 2010

BOTOX Itu Bencana

Kerja-kerja manusia tak bertamadun


Nak cantik, tidak perlu bersusah payah. Dalam hanya 15 minit, kulit yang kendur boleh menegang. Itulah masa diambil seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor pakar untuk mengubah wajah pelanggannya supaya lebih cantik dan menawan menggunakan suntikan botox dalam operasi di sebuah bilik hotel tiga bintang di Lembah Klang.

Berusia 40-an dan memperkenalkan dirinya sebagai Lim, dia mendakwa berpengalaman lebih lima tahun dan berani memberi jaminan suntikan itu berkesan dalam membuatkan seseorang itu lebih cantik dan menawan.

Darah yang keluar disapu dengan kapas manakala wanita tidak menunjukkan rasa sakit, malah membiarkan Lim terus melakukan tugasnya dengan dibantu seorang pembantu wanita berusia 40-an. Proses melakukan suntikan mudah kerana Lim hanya menyapu krim sebelum menyuntik bahagian yang perlu ditegangkan. Semuanya selesai dalam tempoh 15 minit. Begitulah senario rutin yang berlaku di dalam sebuah bilik yang digunakan LIm untuk tujuan tersebut.

Di bilik berkenaan, beberapa bekas ubat-ubatan, botol cecair botox serta satu bekas jarum suntikan diletakkan pada meja solek. Jarum suntikan botox yang sudah digunakan berselerak di tepi katil sebelum pembantu wanita yang mendakwa doktor itu mengambilnya untuk dibuang sementara di bilik air.

Dia menyediakan khidmat menyedut lemak. Menakutkan apabila rawatan menyedut lemak itu dilakukan semudah kiraan satu, dua, tiga. Boleh dilihat dengan jelas Lim membius lengan pelanggannya sebelum menyedut lemak menggunakan jarum suntikan. Jelas kelihatan lemak seperti minyak bercampur darah dalam bekas khas yang disambung dengan jarum suntikan terbabit.

Manusia dewasa kini tidak lagi mementingkan kesihatan. Malah sanggup menggadaikan tubuh semata-mata untuk dilihat cantik di mata, tapi badan merana.

SPG : Sama-samalah kita beringat sebelum padah menimpa...

Friday, July 16, 2010

Harga Minyak Naik 5 sen...Bebanan pada Rakyat Atau Pengorbanan Pada Negara?

Golongan berpendapatan rendah akan mengalami sedikit tekanan


Baru sebentar tadi Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak Petrol dan Diesel Negara ini sebanyak 5 sen/liter. Keputusan ini dibuat berikutan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan kerajaan yang menanggung subsidi minyak negara ini. Apa pendapat kalian semua tentang perkara ini? Tepuk dada tanya hati...

SPG (Sudut Pandang Garuda): Malam tadi penuh orang kat petrol pam isi minyak..beratur panjang tu sebelum menjelang 12 a.m.huhuhuh

Friday, July 9, 2010

Prediction Octopus Paul Holland vs Spain

Paul Si Nujum Pak Sotong


Untuk kesekian kalinya si Paul Nujum Pak Sotong tampil di khalayak umum untuk membuat ramalan. Kali ini Pilihan Paul adalah membabitkan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang menemukan dua jaguh tradisi Eropah Belanda menentang Spain.

Namun seperti yang dimaklumkan oleh pemilik sotong ini, Paul sebelum ini yang hanya membuat ramalan hanya akan meramal pertembungan yang membabitkan Pasukan German sahaja. Adakah ramalan Paul kali ini akan meleset berikutan meramal perlawanan yang tidak membabitkan pasukan 'negaranya'???

Dan sebentar tadi Paul yang diberi peluang membuat ramalan telah memilih SPANYOL akan menjuarai Piala Dunia edisi kali ini dan menundukan seterunya Belanda.

Apapun ramalan Paul, sama-sama kita tunggukan siaran langsung pertembungan 'Clash Of The Titans' ini pada awal pagi 12/07/2010 ini.




Sudut Pandang Garuda (SPG) : Harap-harap ramalan Paul kali ni salah dan org tak percaya pada 'dia' lagi...huhuhu...sebab aku sokong HOLLAND!!!!!!....

Thursday, July 8, 2010

Uri Untuk Dimakan?

- Uri atau Plasenta yang masih segar -

Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.

TEORI SONGSANG...serbuk uri bayi yang dijadikan pil.
TEORI SONGSANG...serbuk uri bayi yang dijadikan pil.

Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan.

Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.

Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini.Dia berkata, kebiasaannya uri untuk awet muda itu dijadikan hidangan dalam bentuk sup.

Selain makan uri ‘segar’ ada segelintir wanita mengeringkan uri berkenaan yang kemudian dijadikan bahan ramuan masakan. Mereka lakukan begitu dengan kepercayaan ia mampu menyeimbangkan hormon dalaman dan merapatkan hubungan ibu dan anak.

Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin.

Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa.

Ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam.

Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya.

Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik. Pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri.

Pada masa sekarang,banyak produk kosmetik di negara kita yang menggunakan uri haiwan sebagai bahan ramuan.Penggunaan uri haiwan/manusia dalam kosmetik adalah HARAM!!!!. Walaupun haiwan tersebut adalah halal dimakan.

Plasenta yang digunakan didalam kosmetik atau perubatan kebiasaanya dari lembu atau biri-biri.Plasenta akan dicuci mengikut spec yang ditetapkan kemudian akan campur dengan krim,masker atau pun suntikan.Kadang-kadang terdapat juga vitamin-vitamin yang ditambah dengan plasenta. Kadang-kadang pengguna sanggup menelan atau menyuntik yang haram kerana ingin muka yang cantik!!Adalah hak anda untuk mengetahui kandungan ramuan sesuatu produk.

Kalau omputih buat makan jer uri ni!

Jangan main tibai jerrrrr... Kalau di negara omputih, plasenta ni dia orang buat menu makan petang jer.Kalau dia orang boring makan menu Plasenta dengan keju,dia orang masak plak plasenta dengan brocoli!

Demikianlah sebuah lagi kisah yang boleh dianggap songsang di zaman manusia yang serba moden ini. Sama-samalah kita mengindari dari perbuatan yang tidak masuk akal ini.


Sudut Pandang Garuda (SPG) : Hai...makin tak bertamadunnya manusia sekarang ni...pelik-pelik..

Wednesday, July 7, 2010

Nujum Pak Sotong

Paul si Nujum Pak Sotong ramal Spain menang ke atas Germany

Seperti mana yang diketahui umum Paul ni memang tepat meramal keputusan WC 2010 terutama bagi keputusan Germany (mungkin kebetulan je tu). Sejak glamournye cik sotong kita ni orang ramai datang berpusu-pusu untuk menyaksikan sendiri kehebatan 'dia' membuat ramalan. Dan kali ini untuk perlawanan separuh akhir ke-2, Paul si Nujum Pak Sotong sekali lagi membuat ramalan bahawa pertembungan awal pagi nanti di antara Spanyol vs Germany akan memihak kepada Spanyol.

Apa-apa pun ramal si sotong ni, itu cuma ramalan. Tak ada kena mengena dengan perlawanan sebenar nanti. Semuanya bergantung atas usaha pemain-pamain di atas padang. Namun ini macam satu sokongan moral bagi pemain, peminat dan penyokong Spain untuk stay malam ini tengok semi final ke-2 selepas maranya Holland menempah tiket Final awal pagi tadi dengan kemenangan 3-2 ke atas Uruguay.



p/s : Aku tetap sokong Holland...huhuhuh..

Monday, July 5, 2010

Lelaki Suka Jantan

Lelaki gay, barah dalam masyarakat


Mereka sudah berkeluarga tetapi masih mengamalkan hidup songsang bagi memenuhi naluri serta keinginan seks terhadap kaum sejenis.


Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit secara berkumpulan.

Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan nafsu serakah mereka.


Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan mereka.

Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.

Addy berkata, dia mula terjebak dengan perbuatan tidak bermoral itu selepas hanya sembilan bulan perkahwinan kerana pengaruh rakan yang melakukan kegiatan sama sejak sekian lama.

“Mulanya saya teragak-agak. Saya tidak berani ‘makan luar’ dan melakukan kegiatan songsang itu lagi, tetapi jiwa saya memberontak apabila tidak menerima belaian daripada lelaki.

“Saya sayangkan isteri, tambahan pula kami kini mempunyai empat cahaya mata, tetapi selera saya pada lelaki tidak pernah padam,” katanya.

Menurut Addy, dia bersama tiga rakannya menjalankan aktiviti terbabit hanya pada masa dan tempoh tertentu, sama ada ia dilakukan satu minggu sekali ataupun hanya sekali sebulan.

Katanya, sasaran mereka adalah ‘anak ikan’ yang mudah didapati di pusat urut tradisional atau pun spa gay di sekitar ibu kota.

Pusat tumpuan kami biasanya di Taman Miharja, Cheras. Di sana ada banyak rumah urut untuk kami kunjungi sambil melepak bersama golongan sejenis.
“Kadangkala kami pergi juga ke Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya kerana tempat ini boleh dikatakan ‘sarang’ untuk pertemuan lelaki seperti kami,” katanya.

Addy berkata, mereka melakukan semua itu semata-mata untuk melepaskankan nafsu terhadap sesama lelaki, namun pada masa sama tidak mahu mengabaikan rumah tangga, isteri dan anak.

“Apabila bersama isteri dan anak, saya adalah lelaki normal. Cuma perwatakan saya lembut.

“Saya tidak tahu bila semua ini akan berakhir, naluri saya masih berkehendakkan lelaki. Saya tetap ghairah memandang lelaki,” katanya.

Rakannya, Reza, 36, pula berkata, selain suka berfoya-foya ke ‘port’ gay sekitar Kuala Lumpur, dia turut bermain cinta dengan pasangan sejenis.

Katanya, menjadi rutin hariannya, di rumah dia bermesra bersama isteri tetapi di luar rumah dia menjalin hubungan sulit bersama pasangannya.

“Kekasih saya tahu saya sudah berkahwin, tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami berdua. Dia (kekasih) faham situasi saya, walaupun beristeri, namun naluri saya tetap pada lelaki.

“Hujung minggu, kami sering berkunjung ke kelab malam gay di Bukit Bintang. Jika dia tiada, saya akan bersama Addy dan rakan lain ke port gay,” katanya.

Bagaimanapun, Addy berkata, hubungannya bersama isteri tetap bahagia walaupun isterinya tidak mengetahui dia melakukan hubungan songsang di luar rumah.

“Perkahwinan saya bersama isteri adalah atas desakan keluarga. Saya dipaksa kahwin, tetapi tidak dapat menolak permintaan keluarga itu.

“Namun hubungan saya dan isteri baik saja. Bersama dia saya bahagia juga, tetapi keinginan saya untuk didampingi lelaki masih tidak berubah,” katanya
Lain pula ceritanya dengan Azri, 40, yang tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata tetapi sanggup menipu dan menduakan isterinya hanya untuk bersama lelaki lain.

Lebih menjijikkan, dia juga sering melampiaskan nafsu songsangnya bersama suami orang yang masih mempunyai isteri dan empat anak.

Bagi Azri, sepanjang perkahwinannya dia cuba membuang tabiat songsang itu. Malah dia tahu mengenai dosa dan bala yang akan diterima. Namun, kerana tuntutan nafsu songsang yang sukar dikawal, dia sering melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“Naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Saya melihat lelaki seperti mana kaum itu melihat wanita seksi yang berjalan di depan mereka.

“Boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta.

“Tambahan pula saya sudah berkeluarga. Saya sayangkan mereka dan sebab itu saya tidak mahu mengabaikan mereka hanya kerana tuntutan nafsu ini,” katanya.
Menurut Azri, setiap kali ingin bersama teman sejenis, dia mencari ‘mangsa’ baru menerusi laman sosial atau menghubungi rakannya.

“Sebenarnya, mencari pasangan sejenis lebih mudah daripada seorang lelaki cuba mendapatkan perhatian wanita. Menerusi perkenalan singkat, kami mudah mesra dan terus bersetuju mengadakan hubungan seks.

“Malah, ada juga rakan rapat yang tidak tahan dengan gelora nafsu songsang mereka menghubungi saya untuk melampiaskan nafsu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya menerimanya.

“Bagaimanapun, saya sedar apa hukuman yang harus diterima golongan seperti saya ini. Sebab itu saya cuba mengawal nafsu berkenaan dan hanya melakukannya beberapa kali setahun,” katanya.

Azri berkata, faktor utama yang menjadikan dirinya sebagai lelaki songsang ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Katanya, hanya kerana ibu dan ayahnya terlalu menginginkan anak perempuan, dia pula yang menjadi mangsa.

“Dulu keluarga saya kehilangan anak perempuan kerana meninggal dunia. Mungkin sebab terlalu kecewa, saya pula yang menjadi mangsa dan dipakaikan pakaian wanita.

“Apapun, saya tidak salahkan mereka. Mungkin ini sudah takdir saya dan saya terima dengan reda.

“Begitupun, saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi lelaki sejati. Berkali-kali saya cuba menahan nafsu songsang itu tetapi tidak berjaya.

“Saya cemburu terhadap lelaki tulen. Namun, apakan daya, setiap kali saya cuba mengubah kehidupan songsang ini dan menahan gelora nafsu, saya pasti tewas,” katanya yang masih merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada pengetahuan keluarganya.


kata garuda : Dunia dah akhir zaman ni...Tunggu jelah bala datang menimpa...

Saturday, July 3, 2010

HoLLanD HaNtAR BRaziL PuLAnG


Para pemain pasukan Belanda meraikan gol kedua mereka untuk menang 2-1 keatas Brazil dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth.

Belanda melakar kejutan dengan menumbangkan Brazil 2-1 di Stadium Nelson Mandela dalam pertemuan suku akhir yang cukup mendebarkan.


Skuad Oranje mempamerkan kebangkitan pada separuh masa kedua sekalipun ketinggalan 1-0 sebelum itu tetapi dua situasi bola mati memastikan Belanda mara ke pusingan separuh akhir.

Wesley Sneijder menjadi wira pasukannya kerana dua gol Belanda berpunca daripadanya.

Brazil jelas mendominasi permainan sejak wisel mula ditiupkan dan pada minit ke-8, Belanda mula berasa bahang penangan Samba tetapi mujur gol Robinho dibatalkan kerana Dani Alves terlebih dahulu dikesan ofsaid. Tetapi juara lima kali itu hanya memerlukan tempoh dua minit seterusnya untuk menghukum kealpaan benteng pertahanan Belanda.

Gol Brazil itu hasil daripada lorongan cantik Felipe Melo yang berjaya dipotong Robinho untuk menewaskan Maarten Stekelenburg buat kali kedua dan kali ini pengadil mengesahkannya.

Pada minit ke-30, Robino mempamerkan kualiti Samba sebenar dengan lenggoknya yang berjaya membuatkan pertahanan lawan kelam-kabut.

Melo menjadi tumpuan utama apabila gagal menganggak bola percuma yang diangkat Sneijder apabila tandukannya menuju ke gawang sendiri pada minit ke-53.

Ketika perlawanan terikat, Belanda bertambah semangat manakala Arjen Robben membuktikan mengapa pasukan Eropah itu begitu menagih khidmatnya. Pemain Brazil terpaksa melakukan kekasaran untuk menyekatnya dan tidak hairanlah mengapa Dunga terpaksa mengeluarkan bek kiri Michel Bastos.

Sneijder sekali lagi memainkan peranannya, dengan menjadikan kedudukan 2-1 apabila pemain tengah Inter Milan itu menanduk masuk gol sepakan penjuru.


Tetapi apa yang ditakuti Dunga akhirnya terjadi juga apabila pengadil perlawanan, Yuichi Nishimura mengesan Felipe Melo memijak Robben. Akibatnya Melo dibuang pada pada minit-73.

Segalanya sepatutnya bertambah mudah buat Belanda, tetapi sikap Dirk Kuyt dan Klas Jan Hunterlaar yang berlengah-lengah berdepan gol terbuka menafikan gol lebih banyak untuk Belanda memalukan Brazil.

p/s : yes!!! Team aku layak ke semi final...sape yang tak caya...huhuhu...

Thursday, July 1, 2010

Ratah Anak

Sekadar hiasan - "Beruk ni pun pandai sayang anak" kata garuda.


Pada pandangan luaran, dia dianggap seorang bapa bertanggungjawab kerana membesarkan sendiri tiga anak gadisnya sejak berpisah dengan bekas isteri, kira-kira lima tahun lalu. Namun, perbuatan jijik duda berusia 40-an itu terbongkar kelmarin apabila seorang daripada anak perempuannya mendedahkan episod hitam yang ditanggungnya bersama dua kakak sejak lebih enam bulan lalu kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu bapa kandung sendiri.

Lebih mengaibkan, tiga beradik berusia 11, 13 dan 14 tahun itu dirogol bapa mereka secara bergilir-gilir, seorang demi seorang pada satu malam.

Ketiga-tiga mangsa yang bersekolah di daerah Kota Kinabalu bimbang mengadu perbuatan kejam bapa mereka kepada orang luar terutama pihak berkuasa kerana khuatir lelaki itu bertindak lebih kejam.

Bagaimanapun, tembelang bapa durjana itu terbongkar apabila anak bongsunya secara tidak sengaja menceritakan kejadian dialaminya kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah mereka, kelmarin.

Ibu saudara mangsa yang terkejut dengan pengakuan itu melaporkannya kepada ibu kandung mereka di Sandakan yang segera menghubungi anak sulungnya berusia 18 tahun yang bekerja di bandar raya ini supaya mengambil kedua-dua adiknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

Ketiga-tiga mangsa hadir ditemani kakak, ibu dan ibu saudara mereka ketika membuat laporan di balai polis.
Bagaimanapun, polis yang berkunjung ke rumah suspek sebaik menerima laporan hampa apabila mendapati lelaki berkenaan tiada di rumah dan dipercayai sudah melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Beliau berkata, tiga beradik itu mendakwa sering dirogol bapa mereka ketika nyenyak tidur dalam bilik sebelum ditarik ke biliknya seorang demi seorang bagi memuaskan nafsunya.

Anak suspek berusia 14 tahun turut mengaku pertama kali dirogol pada Januari lalu dan kejadian terakhir pada awal bulan lalu.

Mangsa yang berusia 13 tahun pula mendakwa dirogol pada pertengahan Mei hingga Jun lalu, manakala adik bongsu mereka berusia 11 tahun mengalami nasib sama bermula awal Jun lalu.

Menurut Polis, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mangsa dipercayai merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan orang lain berikutan bimbang tindakan balas lelaki berkenaan.

Berikutan itu, suspek mula melakukan sesuka hati termasuk merogol anak kandungnya seorang demi seorang apabila tiba waktu malam kerana hanya mereka saja tinggal di rumah berkenaan.

Beliau berkata, semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan kesihatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


sudut pandang garuda (SPG) : adakah dunia kini semakin kejam atau kita yang lupa kepada maha mencipta...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP