Friday, October 29, 2010

Petua Orang Melayu : Tips Kesihatan Tradisional

Kali ini Garuda nak keluar Skop Jenayah sikit. Bukan apa, sekadar untuk berkongsi maklumat yang Garuda ada. Cerita kali ini Garuda nak kongsi dengan rakan pembaca menganai petua orang-orang lama yang berkisar banyak dengan ubat-ubatan tradisional ni.

Halia

Pertama (Halia) : Tahukah anda, bahawa halia mampu mengubat penyakit Panau. Caranya, tembuk hingga lumat halia tersebut dan sapukan ditempat yang berpanau. Insyallah berkesan.

Belimbing Buluh

Kedua (Belimbing Buluh) : Bagi mereka yang berhadapan masalah tumit kaki merekah/pecah, belimbing buluh mampu menyelesai masalah anda. Caranya, gosok tumit yang merekah/pecah dengan belimbing buluh, kemudian berus dengan secara perlahan-lahan. Lebih berkesan jika diamalkan sebelum mandi.

Kunyit

Ketiga (Kunyit) : Bagi mereka yang mempunyai bayi, tahukah anda kunyit boleh menyelesaikan masalah sekiranya bayi anda mengidap selsema. Caranya, potong/tumbuk kunyit hingga kecil/lumat, dan letakkan dihidung bayi anda. Insyallah berkesan.

Selamat mencuba.. (^^)


SPG : Kalau ada lagi petua nanti Garuda share lagi...huhuhuhu..

Wednesday, October 27, 2010

Lagi Kes Kanak-Kanak Hilang

Lagi Kes Kanak-Kanak Hilang


Garuda
terpanggil sekali lagi untuk menyeru sesiapa juga pembaca blog Garuda yang mempunyai maklumat atau pun penah ternampak Adik Lee Xin Ru, sila hubungi segara Pegawai Polis IPD Raub Pahang berkenaan kerana maklumat anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa adik Lee Xin Ru. Moga usaha kita dapat membantu menjejak kanak-kanak malang ini.


SPG : Kepada rakan-rakan blog, sila sebar-sebarkan maklumat ini dan sesiapa yang ingin copy entry ini, amat dialu-alukan copy entry ini ke blog anda dan sebar-sebarkan kepada yang lain. Moga usaha kita ini mendapat balasan yang setimpal daripadaNya...

Saturday, October 23, 2010

Blog Fitnah & Hasutan : SKMM, PDRM Selesai Siasatan 15 Kes


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta PDRM sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu. Kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Penggunaan blog sebagai medan untuk melepaskan geram dengan cerita-cerita palsu yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam adalah salah di sisi undang-undang. Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya benar didapati bersalah dan tidak berbaloi rasa Garuda sekiranya kita merengkuk di dalam penjara akibat salah laku Cyber yang kita rasa tidak seberapa ini.

Oleh yang demikian, suka untuk Garuda berpesan-pesan kepada semua sahabat-sahabat Blogger yang budiman agar sama-sama kita menjauhi perkara ini. Kalau nak cerita pastikan cerita tersebut benar-benar tulen dan bukan direka-reka. Kelak nanti takut kita pulak yang binasa.

Sudut Pandang Garuda (SPG) : Lebih baik tak payah cerita pasal benda-benda yang kita tak berapa tahu. Bukan ape, takut-takut cerita yang kita cerita tu tak betul...huhuhuh..

Thursday, October 21, 2010

TM Piala Malaysia 2010 : Apabila JOHOR FC Benam Juara Bertahan NS


Suka hati Garuda mlm ni sebab pasukan UnderDog pilihan Johor FC berjaya menumbangkan juara bertahan TM Piala Malaysia 2009 Negeri Sembilan 1-0 dengan perlawanan yang dikuasai penuh oleh pasukan NS disepanjang perlawanan.

Apa yang lebih menarik aksi separuh akhir Piala Malaysia pertama ini berlangsung dihadapan ribuan penyokong setia Sang Rusa di Stadium Pario Seremban, NS. Namun semangat kental bertahan yang ditunjukkan oleh anak buah Azuan Zain membuahkan hasil selepas kesilapan penjaga gol NS membolehkan penyerang upahan Johor FC Mohd Ezaidy Mohd Khadar meledak gol pada minit ke-89 melebur impian NS untuk membawa bekalan selesa ke Pasir Gudang sabtu ini untuk perlawanan timbal balik.

Sebaliknya NS kini berhadapan tugas sukar untuk mempertahankan Piala Malaysia dengan kelebihan 1 gol Johor FC ditempat lawan. Harus diingat diperingkat suku akhir Johor FC layak ke separuh akhir selepas kelebihan gol ditempat lawan mengatasi Pahang miskipun seri 2-2.

Skuad Ampuh Johor FC

Apa pun sejarah bakal ditempa Johor FC sekiranya dapat mengekalkan kelebihan 1 gol untuk kali pertama ke pentas Final Piala Malaysia untuk menjadi kelab kedua ke final selepas MPPJ Selangor melakukannya sebelum ini. Itu pun MPPJ dibarisi bintang import. Kali ni Johor FC hadir dengan barisan anak tempatan.

Garuda selaku anak jati Johor tetap dibelakang Johor FC menjadi pemain ke-12 yang akan turut menyumbang kemantapan skuad Si Lebah ini. Lain-lain keputusan separuh akhir pertama, Kedah 0 - 0 Kelantan. Perlawanan berlangsung di Stadium Darul Aman Kedah. Teruskan aksi hebatmu Johor FC...Chayok-chayok...


SPG : Lama rasanya Garuda tak tengok team Johor dipentas Final Piala Malaysia. Last kalau tak silap tahun 1991 Johor kalahkan Selangor 3-0. Tu Masa zaman ade Ervin Boban..dia skor hatrik final..Harap-harap kali ni Johor FC buat lak..

Monday, October 18, 2010

Filem Buried 2010 : Aku Dah Terkena!!!

Filem Buried 2010


Betapa excitednya Garuda sebelum tengok filem ni kat panggung. Tapi bila dah duduk dalam panggung banyak benda pelik dan bosan (rasa mcm nak keluar awal je) yang dapat disimpulkan mengenai filem ni adalah seperti berikut :

Tiket Filem
  1. Satu-satunya filem yang pelakonnya hanya sorang iaitu Ryan Reynolds. Bayangkan pelakon tambahan pun takde.
  2. Lokasi hanya satu, dalam keranda kayu tu jelah.
  3. Satu-satunya filem sepanjang 1 jam 45 minit tu tak nampak sebatang pokok pun, matahari, rumah, kereta, dan apa-apa pun.
  4. Tak tahu dia belakon siang ke malam.
  5. Filem yang nak kutuk Orang Iraq (Umat Islam) bangsa yang kejam.
  6. Tetiba bunyi azan dilaungkan dalam filem ni. Tapi tak dapat kesan azan waktu apa. (Isyak ke, Zohor ke...ape ke..)
  7. Dah kena tanam bawah tanah tapi boleh ade line talipon yang clear giler.
  8. Kesudahan yang tak mendatangkan apa-apa pada si pelakon, sebab dia duk berguling-guling dalam kotak tu minta tolong lastly mati gitu jer.


So pada korang yang dah pasang hajat nak menonton filem ni timbang-timbangkanlah fakta-fakta yang telah Garuda share di atas. Takut nanti korang akan mengalami darkfobia macam Garuda kena ni...huhuhuhuh..


SPG : Oh! lupa lak. Ada 1 je pelakon tambahan yang garuda dapat kesan. Ular sekor...hehehe...tu pun kalau leh kira sebagai pelakon lah...

Sunday, October 17, 2010

Nokia E5 : SmartPhone Terbaru Keluaran Nokia

Nokia E5


Nokia telah mengumumkan model E5 yang bakal memasuki pasaran pada suku ke-tiga tahun ini. Telefon QWERTY ini disasarkan kepada pengguna yang aktif berhubung secara ‘on-line’ – menggunakan email dengan kerap, facebook, twitter dan sms. Ia bakal dijual dengan harga yang agak murah berbanding E72. Harga pasaran Nokia E5 ini adalah sekitar RM 760 - 775 & RM 730 - 745 (AP Set) - Sumber Malaysia Mobile Price

Jom Layan Spesifikasi Nokia E5 ni :


GENERAL
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 900 / 1900 / 2100

HSDPA 850 / 1900 / 2100
2010, April
Available. Released 2010, August

SIZE
115 x 58.9 x 12.8 mm, 75 cc
126 g

DISPLAY
TFT, 256K colors
320 x 240 pixels, 2.36 inches

- QWERTY keyboard

SOUND
Vibration, MP3 ringtones
Yes

- 3.5 mm audio jack

MEMORY
Practically unlimited entries and fields, Photocall
Detailed, max 30 days
250 MB; 256MB RAM
microSD, up to 32GB, 2GB included, buy memory

DATA
Class 32
Class 32
HSDPA 10.2 Mbps; HSUPA 2.0 Mbps
Wi-Fi 802.11 b/g, UPnP & DLNA technology
Yes, v2.0 with A2DP
No
Yes, v2.0 microUSB

CAMERA
5 MP, 2592 x 1944 pixels, fixed-focus, LED flash
Yes, VGA@15fps
No

FEATURES
Symbian OS v9.3, Series 60 rel. 3.2
ARM 11 600 MHz processor
SMS, MMS, Email, Push Email, IM
WAP 2.0/xHTML, HTML
Stereo FM radio with RDS
Downloadable
Carbon Black, Chalk White, Sky Blue, Copper Brown, Silver Grey
Yes, with A-GPS support; Ovi Maps
Yes, MIDP 2.0

- Document editor (Word, Excel, PowerPoint), PDF viewer
- MP4/H.264/H.263/WMV player
- MP3/WAV/WMA/eAAC+ player
- Flash Lite v3.0
- Voice command/dial
- Organizer
- T9

BATTERY

Standard battery, Li-Ion 1200 mAh (BL-4D)
Up to 635 h (2G) / Up to 670 h (3G)
Up to 12 h 10 min (2G) / Up to 5 h 30 min (3G)
Up to 38 h



SPG : Agak-agak mane best, Nokia E5 @ iPhone 4 @ Blackbarry ?

Saturday, October 16, 2010

Kandungan Bajet 2011 : RM 500 untuk kakitangan Awam

Selesai pembentangan bajet 2011 oleh Perdana Menteri kita. Ramai dikalangan kita yang memperkatakan isu bajet 2011 yang disifatkan sebagai memperkasakan rakyat dan ekonomi negara. Berikut adalah kandungan pembentangan bajet 2011 yang diumumkan PM kita :


* Bantuan Khas Kewangan Penjawat awam RM500 untuk Gred 54 ke bawah.

* PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) dimansuhkan menjelang Jun 2011 digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai.

* Kadar Bantuan Mengurus Jenazah kakitangan awam dinaikkan dari RM1000 ke RM3000.

* Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 sebelumnya kepada penjawat awam.

* Perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini juga akan disambung untuk tempoh setahun lagi dengan kementerian dan agensi tidak dibenar untuk menambah bilangan PKS baru.

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.



SPG : Apa macam? Puas hati ke bajet kali ni? huhuhuhu

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira Kini Boleh Ditempah

 

Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia. Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Mereka yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Untuk maklumat lanjut kalian semua boleh layari inspiraclub.com untuk berforum dengan peminat-peminat Proton Inspira bagi mendapatkan pandangan tentang kereta baru proton ini di sana.

SPG : Wah!!Kena booking cepat nie...tapi duitlah tak tau ade ke tak nak booking nie.

Wednesday, October 13, 2010

PoliceIntimidation : Pamela Lim Cheng Yoke Perlekeh Polis

Aksi Pamela Ketika Ditahan

Wah!! panas juga bila lihat video ni. Perbuatan Pamela Lim Cheng Yoke ni berniat nak memperlekeh tugas polis. Seharusnya dia tidak perlu menulis apa-apa di atas kertas saman tu. Cuma perlu sign jer. Dan kalau tak puas hati settle di mahkamah kalau rasa diri tidak bersalah. Adakah ini tidakan yang bijak?Polis tahu apa yang dilakukan.

Perbuatannya ini mengundang publisiti murahan kerana tindakan yang memikirkan ego diri sendiri tanpa memikirkan undang-undang. Apa tujuan dia nak rakam video tersebut? Sememangnya dah pasang niat nak memperlekeh anggota polis bertugas. Nak Tahu apa hak-hak anda apabila ditahan polis, apa yang boleh buat apa yang tidak boleh Klik Di Sini.

Inilah Wajah Manusia Yang Dimaksudkan

Kalau korang nak kenal lebih rapat minah ni leh cari di Facebook. Dia ade akaun facebook. Korang leh tahu dia ni orangnya macam mane.

Kredit info untuk : Cik Belalang


SPG : Polis tu dah cakap cara baik dah, cuma dia rasa macam dia hebat. Boleh buat apa saje. Kalau dalam kesusahan nanti cari Polis juga..Apalah, org mcm ni pun ada ke..


Tuesday, October 12, 2010

Akta Jenayah Sihir : Hukuman Terbaik Kepada Bomoh Terlampau

Jenayah Sihir : Amalan Kurafat

Bagi membanteras gejala jenayah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh di Malaysia yang menggunakan ilmu sihir untuk tujuan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang, pihak berkuasa di Malaysia sememangnya berhadapan masalah untuk sabitkan kesalahan tersebut mengikut mana-mana undang-undang di negara ini.

Justeru, Akta Jenayah Sihir dicadangkan supaya si pelaku tidak terlepas dari hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Sebenarnya bukan hanya di Malaysia saja, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Mengikut fakta, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil tetapi memerlukan bukti-bukti yang kukuh dan disokong oleh akta-akta kesalahan tertentu.

Cadangan untuk menubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir diangkat bagi membolehkan kuasa menyiasat kes-kes sihir berjaya diheret dan seterusnya dibuktikan di mahkamah.

Diharap dengan wujudnya cadangan akta ini, ianya dapat direalisasikan seterusnya dilaksanakan segera supaya kes-kes yang melibatkan unsur-unsur sihir yang terbengkalai tanpa penghujung ini dapat diheret ke mahkamah semula dan menemui jalan penyelesaian.

SPG : Cadangan yang bernas. Ajar sikit tok bomoh ni. Jangan senang-senang nak sihir orang!! Alamak terlebih lak..kang kena sihir lak kang...huhuhuh...

Sunday, October 10, 2010

P Ramlee : Seniman Lagenda Sepanjang Zaman

P.Ramlee : Lagenda Yang Tiada Pengganti

"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti.

Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Nama sebenar kepada seniman agung ini ialah Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee iaitu P untuk Putih bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.

Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?

Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.

Dan Astro Baru-baru ini melancarkan program mengingati Seniman itu dengan menyiarkan Filem-filem terbaik lakonan Beliau di Astro RIA (104), Astro PRIMA (105), Astro CITRA (131), Astro WARNA (132) dan Astro HISTORY (555). Untuk Lebih lanjut LAYARI DISINI.


SPG (Sudut Pandang Garuda) : Filem P. Ramlee paling Garuda suka "Seniman Bujang Lapok". Dialog dalam filem tu banyak keluar spontan, tu yang lawak. Contoh : Sudin kata "Bapak Wak jangan sebut yee!! Main-main kasar...Sekali aku cekik..eh!!gigi wak mana?..Pergi bikin la.."..hahahah..memang lawak.Spontan jer tu Sudin cakap. Ape lagi dialog dalam filem P.Ramlee yang anda rasa lawak dihati kalian..share la kat sini..

Tuesday, October 5, 2010

Saman PBT Disenarai hitam JPJ : Setuju Ke?

Saman PBT : Wajarkah ianya di'blacklist'kan?


Baru-baru ini Garuda ada terlihat dikaca televisyen tentang cadangan pihak kerajaan untuk melaksanakan tindakan menyenarai hitam pesalah yang menerima saman dari pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), macam DBKL,MPKj,MBPJ dan sebagainya.

Untuk makluman, saman kesalahan lalulintas yang biasa dikeluarkan oleh PBT adalah kesalahan meletak kenderaan (parking) ditempat yang tidak sewajarnya. Contoh ditepi parit, kaki lima jalan dan sebagainya.

Jadi tindakan menyenarai hitam pesalah-pesalah ini dengan JPJ akan menyebabkan mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan permit kenderaan.

Belum pun sempat kita menerima berita baik penangguhan senarai hitam pesalah tangkap laju PDRM hingga Februari 2011, timbul pula isu cadangan senarai hitam saman PBT. Adakah perkara ini wajar dilaksanakan kerana matlamatnya adalah untuk mendisiplinkan rakyat Malaysia dalam penggunaan lalulintas?Adakah tindakan ini akan mengatasi masalah letak kenderaan terutama dibandar-bandar besar?Atau bakal membebankan lagi rakyat?

Manakan tidak Garuda bercakap perkara ini, sedangkan saman PDRM yang hendak disenarai hitamkan JPJ pun mendapat rungutan rakyat inikan pula nak wujudkan satu lagi mekanisma senarai hitam JPJ saman PBT.

Pada hemat Garuda, Pihak PBT harus memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah ini dengan menambahkan kawasan letak kenderaan dan menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam bukan menghukum rakyat dengan cara sebegini.

SPG : Dari PBT blacklist JPJ ada lebih baik tunda jer kenderaan yang buat salah tu. Paling kurang pun kalau pas diorang bayar kompaun dapat balik kenderaan diorg taklah payah-payah nak blacklist. Macam ni --> Klik

Friday, October 1, 2010

Dimanakah Adik Nisha? - Lagi Kes Kanak-Kanak Hilang

Satu Lagi Kes Kehilangan Kanak-Kanak


Kepada kengkawan Blogger dan pembaca blog Garuda, andai anda pernah melihat kanak-kanak yang bernama Nisha ini (maklumat kanak-kanak ini seperti tertera di atas), sila hubungi Pegawai IPD Temerloh yang berkenaan di atas.Kerjasama anda semua mungkin dapat membantu penyiasatan polis serta menyelamatkan nyawa adik Nisha ini.

SPG : Dapat sebar-sebarkan maklumat ini..thanks kengkawan...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP