Monday, November 29, 2010

Pameran MINI MAHA 2010 : Sesak Dipenuhi Pengunjung

Berlangsung Dari 26 Nov - 05 Dis 2010


Apa Itu Pameran MAHA? Pameran MAHA Antarabangsa 2010 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010.

Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri.

Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Ribuan Pengunjung Pameran MAHA 2010
yang Berlangsung Di Serdang

Sehingga semalam (28 Nov 2010) penganjuran pameran pertanian itu, bilangan pengunjung yang mengunjungi MAHA 2010 sudah mencecah 698,000 orang. Ini mendekatkan sasaran awal FAMA yang meletakkan target penjung seramai 1.5 juta pada penganjuran kali ini.

Kepada semua rakan-rakan yang berminat jom kita ramai-ramai pakat ke tapak lokasi pameran tersebut yang diadakan di tapak Malaysia Argo Exposition Park, Serdang (MAEPS)(Berhampiran UPM Serdang). Untuk keterangan lanjut sila ke laman web Rasmi MAHA2010.


SPG : pergh!! Semalam jam gile nak ke sana. berduyun-duyun orang datang..rugi tak datang sana..huhuhuh

Saturday, November 27, 2010

Filem Ngangkung : Filem Seram Komedi Terbaik!!!

Filem Ngangkung : Ada kelainan

Mula-mula masa sebelum Garuda tengok filem ni rasa macam tak bajet la filem ni boleh menggelakkan dan menggamatkan sepanggung, sekali masa tengok filem ni memang terasa kegilaan pelakon-pelakonnya yang bersahaja berlawak dalam kehantuan filem ini. Lakonan mantap pelakon-pelakon yang pada Garuda biasa je memang diluar jangkaan penonton. Apa-apa pun filem Ngangkung ni memang First Filem Melayu yang lawak komedi seramnya memang tahap gaban. Rugi kalau tak layan filem ni...

Tiket



Preview Filem Ngangkung 2010


spg : Filem yang dekat dengan kehidupan manusia yang suka tikam nombor ekor. Nampak realistik la filem ni.

Saturday, November 20, 2010

Harry Potter And The Deathly Hallows (Part 1)


Garuda dah gi tengok citer nie. Oklah coz banyak aksi-aksi yang tak diduga. Cuma apa yang Garuda rasa lebih menarik nanti adalah Part 2 punye cerita. Part 1 ni cerita dia baru nak sampai klimax dah abis. Part 1 ni cerita dia banyak bercakap dari aksi, tu yang Garuda jangka part 2 nanti lebih banyak aksi magik. so ape-ape enjoy la tengok citer ni.

Tiket



Preview


Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1430H (2010M)


Dikesempatan ini, Garuda ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1430H kepada semua pembaca blog Garuda dan maaf zahir batin. Semoga Aidiladha yang datang memberi seribu erti buat kita semua dan semoga mereka yang berada ditanah suci mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air. Amin...

p/s : lama tak update blog coz ade tugas yang perlu dilaksanakan...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP