Monday, January 31, 2011

Harga Minyak Petrol Naik : RON 97 Naik 10 Sen


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini (01.02.2011) menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

SPG : Minyak Oh Minyak....

Sunday, January 30, 2011

2 Nenek Yang Berbeza Nasib

Nenek 1 : Dilanggar dari belakang dan melambung terbang...saksikan..

Sian Kat Nenek Nie...

Nenek 2 : Hampir dilanggar...Tapi....


Memang sempoi nenek nie...hehehehe..


SPR (Sudut Pandang Rimau) : Nenek oh nenek....huhuhuh

Tuesday, January 25, 2011

Lawak Ular Sawa Dalam Tandas

Memang lawak kes ular sawa kacau orang nak tutttt!!! layan je lah...heheheheh

Nasib lah sape yang terkono...huhuhuhu

Sunday, January 23, 2011

Keputusan Penuh Final Badminton Terbuka Malaysia 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara

Keputusan penuh perlawanan akhir Badminton Super Siri Malaysia Open 2011 menyaksikan gelaran juara perseorangan masih kekal milik Datuk Lee Chong Wei selepas mengalahkan seterunya dari negara jiran Indonesia Taufik Hidayat dalam tempoh yang sangat singkat 37 minit 21-8,21-17.

Kejuaraan tersebut membolehkan beliau melengkapkan koleksi kejuaraannya di terbuka Malaysia ke angka 7. Malam ini beliau dijangka akan berlepas ke Korea untuk siri terbuka Korea 2011. Syabas diucapkan kepada kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengharumkan nama negara sekali lagi.

Untuk keputusan penuh perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2011 klik di SINI

Saturday, January 22, 2011

Keputusan Badminton Malaysia open 2011

Datuk Lee Chong Wei

Keputusan terkini pertembungan Lee Chong Wei vs Chen Long pada Badminton Terbuka Malaysia Super Siri 2011, Chong Wei menang 21-9, 21-9. Kemenangan ini membolehkan beliau bertarung di pentas akhir buat kali ke-7 bagi mempertahankan kejuaraannya tahun lalu. Lawannya pada aksi akhir adalah pemain sensasi Indonesia Taufik Hidayat yang menumpaskan rakan senegara Simon Santoso pada satu lagi aksi separuh akhir 21-15, 21-19.

Untuk keputusan penuh kesemua perlawanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 sila klik di SINI

Wednesday, January 12, 2011

Pesawat Air Asia Terbabas Di Kuching

Pesawat Air Asia Yang Dimaksudkan

Sedang kita dikejutkan dengan beberapa siri kemalangan yang melibatkan Bas sekitar hujung tahun 2010 yang lalu, kita sekali lagi dikejutkan dengan insiden kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam tetapi kali ini melibatkan kapal terbang.

Memang jarang-jarang kemalangan melibatkan kapal terbang berlaku di Malaysia ini, namun kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Kuching Sarawak ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun para pengguna pengangkutan awam terutamanya kapal terbang.

Namun mengikut penerangan pihak berkuasa lapangan terbang tersebut, kemalangan tersebut adalah disebabkan keadaan landasan pendaratan pada masa itu licin dan hujan yang turun mengakibatkan tanah dilandasan tersebut menjadi lembut.

Berdasarkan penerangan tersebut dapat disimpulkan bahawa bukan masalah mekanikal kapal terbang yang menjadi penyebab punca kapal terbang tersebut kemalangan tetapi keadaan landasan kapal terbang yang terdedah kepada cuaca hujan yang tidak menentu di Sarawak.

Pada kejadian tersebut tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan cuma ianya telah mengakibatkan tidak kurang dari 10 jadual penerbangan dalam dan luar negara terpaksa ditunda gara-gara kerja-kerja mengalih dan memastikan keadaan landasan selamat untuk digunakan.


SPR : Bahaya jugak naik kapal terbang musim2 hujan ni...huhuhuh

Sunday, January 9, 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara Super Siri Master Taiwan

Datuk Lee Chong Wei Dinobat Juara Super Siri Master Taiwan

DATUK Lee Chong Wei merangkul kejuaraan ketiga Siri Super Masters di Taiwan, hari ini selepas mengalahkan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-9, 21-14. Biarpun kemelut yang melanda dunia badminton tanah air dengan perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek taring Datuk Lee Chong Wei sedikit pun tidak menunjukan tanda-tanda ketumpulan biarpun turun ke gelanggang dengan tanpa kelibat jurulatih kesayangannya tersebut.

Sebaliknya Lee Chong Wei tampil dengan aksi-aksi kemas dengan pukulan tepat memerangkap Peter Gade sehingga menang mudah strait set. Kejayaan sebegini diharap dapat membuka mata pihak-pihak yang telah mengganggap Datuk Lee Chong Wei akan tersembab mudah pada kejohanan tersebut kerana emosinya yang terganggu. Amanat yang mungkin telah disematkan di dalam hati beliau dari Datuk Misbun Sidek pasti menjadi bekalan sewaktu bertarung di gelanggang.

Diharap kemelut dunai badminton tanah air akan segera berakhir untuk kita lihat lebih ramai lagi Chong Wei yang bakal lahir dari tangan Datuk Misbun Sidek. Majulah sukan untuk negara dari Rimau...


SPR (Sudut Pandang Rimau) : Selamatkan era kehebatan badminton kita..

Sunday, January 2, 2011

Rimau Dan Batu Nisan Merah

Selamat Tinggal Garuda, Sekarang Rimau

Pada entry kali ini seperti yang Garuda janjikan pada entry yang lepas, Garuda akan menukar nickname baru ekoran beberapa request dari pelawat blog Garuda yang confuse ni blog orang Malaysia ke orang Indonesia ekoran dari Nickname skuad bola sepak Indonesia Sang Garuda.

So setelah Garuda fikir-fikirkan memang ada rasionalnya keperluan tersebut. Jadi Garuda pun mengambil keputusan untuk menukar Nickname Garuda kepada Rimau dan selepas dari nokhtah ini dengan rasminya Garuda akan menggunakan nickname Rimau sebagai Kata Ganti Diri. Dengan bersempena tahun 2011 ni, hope semua pelawat-pelawat blog ini akan lebih selesa melayar blog ini.

So, entry kali ini Rimau nak share dengan pembaca blog Rimau pasal ada satu batu nisan ni, bukan kereta Nissan tu. Ni batu nisan kubur Islam yang Rimau jumpa sewaktu menziarah pusara ayahanda mertua Rimau di kawasan perkuburan tersebut. Agak apa yang pelik bagi batu nisan hamba Allah ini adalah tentang warnanya. Bukan apa kebiasaannya Rimau tengok Batu Nisan perkuburan Islam ni warna putih atau kelabu/hitam. Tapi yang ini memang pelik sangat. Tengoklah kat bawah ni.

Ni Gambar Real Bukan diedit.

Warna Batu nisan ni warna Merah Striking tu. Kalau masuk ke perkarangan kawasan perkuburan ini pasti semua orang akan tertoleh ke batu nisan ini sebab warnanya yang pasti menarik mata kita untuk memandangnya.

View Secara Dekat

Mengikut ibu mertua Rimau, pusara tersebut masih baru dan dia pun tak pernah lagi melihat pusara tersebut sebelum ni. Apakah motif sebenar waris si mati menanda kubur tersebut dengan baru nisan merah striking Rimau pun tak pasti. Namun yang peliknya tiada tanda nama siapa pemilik kubur berkenaan. Pelikkan...Apa-apa pun semoga pemilik kubur tersebut dicucuri rahmat dan mendapat tempat disisiNya. Amin...


Sudut Pandang Rimau (SPR) : Agak-agak color ape lagi yang ade yek....huhuhuh

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP