Friday, June 24, 2011

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Zon Asia 23 JUN 2011


Malaysia sekali lagi mencipta sejarah untuk menempah tempat ke kelompok 12 pasukan terbaik Asia apabila semalam skuad Olimpik negara berjaya membenam ego pasukan Lubnan 2-1 untuk melangkah bergaya ke pusingan ketiga iaitu pusingan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan yang juga pusingan akhir peringkat Zon Asia.

Kejayaan bermakna ini hasil kerja kuat jurulatih dan semua pemain yang bermain sebagai satu unit untuk mempertahankan kubu dari dibolosi biarpun bermain dengan 10 pemain apabila Gary Steven Robbat di buang padang pada awal babak kedua perlawanan.

Apapun kemenagan ini akan sekaligus menyuntik semangat pasukan senior kebangsaan yang dijadualkan akan bertembung dengan pasukan Taiwan pada satu lagi siri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 29 Jun nanti.

Rimau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan negara kerana sekali lagi mengangkat nama negara sebaris dengan nama-nama besar bola sepak Asia dan kini antara 12 pasukan terbaik asia. Tahniah diucapkan...Teruskan usaha dan tingkatkan lagi prestasi permaian kerana lawan selepas ini adalah gergasi Asia..

SPR : Lain-lain pasukan yang layak ke pusingan ketiga, Korea Selatan, Jepun, Australia, UAE, Arab Saudi, Oman, Qatar, Uzbekistan, Syria, Bahrain, Iraq dan Malaysia selaku wakil tunggal Asia Tenggara.

Monday, June 20, 2011

Kelayakan Olimpik : Lubnan vs Malaysia


Keputusan keseluruhan perlawanan kelayakan peringkat zon Asia di antara Lubnan menentang Malaysia berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri tanpa jaringan. Seharusnya pasukan kebangsaan kita memiliki sekurang-kurangnya satu gol apabila beberapa peluang satu lawan satu dengan penjaga gol Lubnan gagal dimanfaatkan oleh barisan hadapan untuk menghasilkan jaringan. Apa pun keputusan seri ini memberikan sedikit kelebihan buat skuad Malaysia apabila perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun 2011.

Selamat maju jaya pasukan Olimpik Negara...Teruskan rentak kemenangan skuad bola sepak Malaysia...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP