Sunday, October 30, 2011

Juara Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Dinobat Juara Piala Malaysia 2011

Tahniah rimau ucapkan kepada pemain-pemain Negeri Sembilan apabila berjaya memenangi piala keramat Piala Malaysia dengan aksi yang penuh dramatik sekali walaupun satu ketika ketinggal 0-1 kepada skuad penyu dan perlawanan memasuki 10 minit terakhir...Namun pujian menggunung pasti milik pemain yang berasal dari Terengganu tetapi bermain untuk Negeri Sembilan tak lain tak bukan Hairuddin Omar (Hai-O)...Kelibatnya yang menghiasi gol ke-2 Negeri Sembilan boleh diiktiraf sebagai antara gol tercantik perlawanan akhir sepanjang zaman apabila sepakan gunting volley nya mencecah jaring Terengganu tanpa dapat ditepis oleh penjaga gol Terengganu Sharbene Alawi..

Hairuddin Omar

Apa pun sekalung tahniah buat Skuad Hobin Jang Hobin....

Sunday, October 23, 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Manchester United vs Manchester City

Percaya atau tidak inilah keputusan yang memeranjatkan ramai pihak apabila Manchester United dibaham pasukan tetangga Manchester City dengan keputusan...


Sudut Pandang Rimau : Sukanya tgk MU Kalah teruk...jarang2 dapat tengok...heheheheh...power la pulak MC nie...

Friday, October 21, 2011

Sukan SEA (Bola Sepak) : Undian Meletakan Malaysia Dalam Kumpulan Maut

Undian yang dijalankan baru-baru ini meletakan Malaysia di dalam kumpulan yang tuff dengan 3 daripada 4 pasukan yang bakal ditentang nanti adalah pasukan yang berkedudukan baik di dalam ranking FiFa. Apapun rimau doakan skuad Harimau Muda negara dapat mempertahankan pingat Emas yang dimenangi 2 tahun lalu.. Ayuh Harimau mengaummmm!!!! AUMMM!!!

Kumpulan A
Malaysia
Indonesia
Thailand
Singapore
Kemboja

Kumpulan B
Laos
Filipina
Brunei
Vietnam
Timur Leste
Myanmar

Jadual Perlawanan Malaysia Bola Sepak Sukan SEA 2011 :
Malaysia vs Singapore (9 November 2011)
Malaysia vs Thailand (11 November 2011)
Malaysia vs Kemboja (15 November 2011)
Malaysia vs Indonesia (17 November 2011)

Tuesday, October 18, 2011

Bangkai Makhluk Pelik Di Pantai Chenang Langkawi


Pelik sehingga dinilai sebagai makhluk setaraf alien!!!uuuishh!! alien kat Malaysia ke? Ni dah macam aktiviti Paranormal nie...

Saturday, October 15, 2011

Exclusive : Rimau Mendedahkan Wajah Sebenar...

Aku adalah dia...dia adalah aku...heheheh...tu lah rimau masa zaman2 muda remaja..amacam..boleh tahan tak?heheheh....

Rimau : Tipu Je...Tu gambar setelah diedit di SINI . Sesiape yang nak edit gambo korang biar nampak oldscool sikit kat situ la senang...leh letak kat pesbuk...

Friday, October 14, 2011

Solat Itu Indah...Tapi...

Solat Express

Sudut Pandang Rimau : Mungkin dia ada alasan tersendiri untuk solat macam tu..moga Allah menerima solat dia..macam mana dengan solat kita??

Wednesday, October 12, 2011

Malaysia Tangga Ke-19 Terbaik Cegah Jenayah


Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali.

Beliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini. Polis dapat menangani kes jenayah, manakala yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pelbagai program yang diadakan.

Program pencegahan seperti ‘Sekata’ yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan di seluruh negara bagi memastikan mesejnya sampai ke peringkat akar umbi.

Tuesday, October 11, 2011

Kadar Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Mengikut Skim SBPA

Masyuk-Masyuk...

Harap-harap ini boleh membantu semua kakitangan awam membuat kira-kira berapa gaji diorang naik pada 2012 nanti.. Kena belanja rimau skit la nanti... :P

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 : Gaji Kakitangan Awam Naik


Perdana Menteri mengumumkan di dalam kandungan Bajet 2012, gaji bagi semua penjawat awam/kakitangan awam akan diubah dari SSM ke SBPA dan akan melibatkan peningkatan kenaikan gaji di antara RM80 ke RM320 iaitu 7% hingga 13% mengikut pangkat dan gred perkhidmatan. Ini adalah berita baik bagi semua penjawat awam menjelang 2012 nanti.

Thursday, October 6, 2011

Bagus Sangat Ke Kalau Perempuan Melayu Hisap Rokok?

Ni bukan pempuan tu..Sebab dia bukan Melayu

Aku terpaksa buat entry ni sebab malam tadi gi kluar makan baik punyer kat McD ade pulak minah sorang ni baru datang dan duduk depan meja aku.. Takpe lah..perut tgh lapor sangat ni bedallah ayam McD tu dulu..Sesambil makan ni usha lagi minah yang duk depan meja tu..dengan tak semena-mena si minah ni pun kluarkan sekotak rokok Salem (pastu dia kuarkan sebatang je) dan dengan selamber dek jer pinjam lighter mamat sebelah meja dia (bukan aku mamat tu... ni meja lain)..sebab dia takdok lighter la tu...aku pun dengan rasa bengang dan bangangnya melihat telatah si minah ni hisap rokok depan aku...cisss!! bagus sangat ke kalau orang pempuan..melayu lak tu..yang tak berapa nak sedo diri menghisap sebatang rokok depan jejaka semacho aku ni??? Lalu aku makan cecepat dan blah dari premis yang dikenali sebagai McD tu..tak habis aku makan ayam tu...huhuhuhu...

Sudut Pandang Rimau : Paling Bengang sebab aku bukan seorang perokok..Kalau iye pun jagalah adab dan tatasusila wanita melayu...kata wanita melayu tu menawan...ni nak sawan aku tgk...huhuhuh

Tuesday, October 4, 2011

Pekerja Binaan Jumpa Kepala Gajah Purba

Pekerja binaan janakuasa hidroelektrik di Padre Hurtaldo berhampiran Santiago,Chile menemukan rangka kepala gajah purba mastodon yang dipercayai wujud kira-kira dua juta tahun dulu. Mastodon bersaiz seperti gajah moden walaupun mempunyai persamaan DNA dengan saudaranya Mammoth.Pada mulanya,pekerja binaan ternampak hujung gading dan terus menggali sehingga terjumpa tengkorak mastodon lengkap.Gadingnya berukuran 4 kaki panjang dan 6 inci lebar.




Gading mastodon terbesar yang pernah ditemui ialah berukuran 16 kaki dan seberat 1 tan.Dijumpai pada Julai 2007 di Milia,timur Athens.

Monday, October 3, 2011

Filem Al-Hijab : Filem Seram Arahan Pierre Andre

Gandingan Pertama Pierre Andre Dengan Nur Fathia


Filem seram yang kesekian kalinya diterbitkan oleh pengarah muda ini
kembali dengan sengatan berbisanya terhadap penghasilan filem seram, Al-Hijab yang bakal ditayangkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 6 Oktober ini.

Filem ini dikatakan adalah sentuhan Pierre yang paling seram berbanding filem-filem seram yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini. Menerapkan segala pengalaman yang dilalui oleh Pierre sendiri, filem ini seolah-olah mempunyai nyawa yang mampu memberi impak kepada penonton. Takut, cemas dan mendebarkan adalah lumrah perasaan yang dirasai ketika menonton filem bergenre seram, namun sedikit kelebihan Al-Hijab, ia mungkin mempengaruhi minda penonton tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan!

Filem Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra ini mengisahkan Rafael yang ingin membuka hijabnya untuk melihat makhlus halus. Namun hanya seorang mampu melaksanakan cita-citanya. Tetapi bersediakah Rafael untuk menghadapi risikonya? Semuanya terjawab bermula 6 Oktober ini!



Laporan Penapisan Filen Al-Hijab Oleh KDN : SINI

Sudut Pandang Rimau : Lagi Filem Seram Keluar Malaysia..Macam Best je..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP