Saturday, August 4, 2012

Wan Zack Haikal Tunggu Tawaran Kelab FC Ryukyu Jepun


Pemain sayap muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor bersedia untuk berhijrah ke kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu di Okinawa andai ditawarkan kontrak. Wan Zack, 21, yang sudah pun berlepas ke Vienna, Austria bersama-sama 25 pemain kebangsaan lain semalam untuk latihan dan tiga aksi persahabatan, menyatakan kesediaan itu selepas seminggu pulang daripada menjalani ujian pemilihan bersama kelab terbabit.

Pemain Harimau Muda A berasal dari Pahang itu turut mengakui latihan dua minggu bersama FC Ryukyu berjaya meningkatkan tahap permainannya terutama dari segi hantaran dan sentuhan penyudah. Walaupun tak banyak beza corak latihan, tapi pemain FC Ryukyu cukup pantas dan berlatih dengan sepenuh hati. Bahasa mungkin berbeza tetapi dalam bola sepak itu bukan masalah besar.

SPR : Tambah sorang lagi org Malaysia main kat luar..petanda baik bola sepak Malaysia..

2 comments:

Buatbest said...

wah..menarik nie..pas nie ramai2 sokong kelab tu pulak..hoho

Unknown said...

ok la..berkembang skit org Msia ni..kene sedar diri kt ni bkn A Class pn nk gi EPL ke ape..start dari bawah..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP