Wednesday, May 30, 2012

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan Dari Pengetahuan Kita

 
6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Saturday, May 26, 2012

Keputusan Penuh Kelantan vs Johor FC 26-05-2012 Liga Super 2012

Johor FC  0 - 0  Kelantan

Keputusan Semasa Kelantan vs Johor FC Liga Super 2012 26 Mei 2012

Thursday, May 24, 2012

Perhimpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012


Perhimpunan belia terbesar di dunia sepanjang 6 km diadakan di Putrajaya dari 23-27 Mei 2012. Peta ke lokasi Himpunan Jutaan Belia 2012 Putrajaya. Jenis jualan yang dijual dan aktiviti yang dijalankan sepanjang progran himpunan belia 2012.

Himpunan Jutaan Belia tahun lepas menyaksikan kehadiran kira-kira 1.3 juta pengunjung, dan tahun ini penganjur mensasarkan ketibaan lebih dua juta pelawat untuk memeriahkan suasana.

Antara segmen yang ditampilkan termasuk Segmen Rekreasi, Segmen Beruniform, Corner of Performing Art, Cabaran Antarabangsa Redah 4X4, Rekreasi, Khidmat Sukarelawan, Usahawan Muda, Perkhemahan dan Jambori, Cergas dan Aktif, Pameran Pelancongan Belia, Dunia Gadget, Putrajaya Uptown, dan banyak lagi.

Segmen gerbang kerjaya menjanjikan lebih 5,000 peluang pekerjaan buat mereka yang masih mencari kerja yang sesuai, manakala segmen yang baharu diperkenalkan tahun ini ialah Perkampungan Budaya Kaum Cina.

jom ramai-ramai kita ke putrajaya..

Wednesday, May 23, 2012

Keputusan Penuh Suku Akhir Piala Thomas 2012 Malaysia vs China


Keputusan Terkini Perlawanan Malaysia vs China Suku Akhir Piala Thomas 2012

Malaysia 0 - 3 China
(Malaysia Tewas dan Tersingkir dari saingan Piala Thomas 2012)

Tuesday, May 22, 2012

Bayi Lahir Bersama Alquran dari Rahim Ibunya

Bayi yang baru dilahirkan bersama Quran kecil digengaman.
Quran Kecil tanda kebesaran Allah (Gambar Kecil)

Semuanya adalah kehendak Allah swt. Banyak perkara ajaib dan luar biasa berlaku di akhir zaman ini. 7 Mei 2012 seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dab abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012.

Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda. Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani.

SPR : Hebat Kebesaran Allah Yang Maha Pencipta..Allahuakbar!!!

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP