Monday, June 10, 2013

Buaya Putih Mistik Belum Terungkai



Lokasi runtuhan struktur konkrit Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh, kelmarin turut dikaitkan dengan beberapa kejadian mistik oleh pekerja pembinaan di kawasan itu selain penduduk tempatan.
Difahamkan, lokasi berkenaan yang menjadi penghubung air sungai dan laut dikatakan menjadi laluan ‘Buaya Putih’ yang disifatkan penduduk sebagai penunggu di kawasan itu.

Menurut seorang pekerja pembinaan yang bertugas sejak kerja awal jambatan dan hanya mahu dikenali sebagai Azmi, lokasi pembinaan itu agak ‘keras’ berbanding lokasi lain.
“Bagi pekerja pembinaan di sini, mereka memang sudah mengetahui lokasi ini agak ‘keras’ berbanding tempat lain. “Memang kawasan runtuhan konkrit itu bermasalah sejak awal pembinaan dan setiap kali mahu melakukan kerja konkrit ada saja masalah timbul,” katanya.

Menurutnya, ada satu ketika pekerja mahu melakukan kerja konkrit, namun terpaksa memberhentikan kerja berikutan ada takungan air yang tidak dapat dikesan puncanya.

14 comments:

Anonymous said...

alamak... semua tau kawasan tu pasal berita buaya putih ni -_- hik3.. lalala

Cik Nor said...

biar btl??

Anonymous said...

hik3.. sstgh tau pasal bnda ni :3

Bunda_nora said...

assalam,

kadang2 kalu pasal cerita2 mistik ni mcm nak percaya dgn tidak...tapi kalu letak kan diri kita di lokasi kejadian... rasai sendiri.. kemudian jawab sendiri..

Mizz Aiza said...

ngerinya..

Annamariana1989 said...

aduh, anna org penang pon x tahu pasal kawasan ni.. tapi yang anna tahu kawasan ni mcm terbiar sikit.. x ramai yang singgah..

Unknown said...

Lawa pulak nengok boya putih nu :D

Unknown said...

biar betul ? taktau pulak pasai hal nieyhh

Mormor said...

macam buaya mainan laa :D hehe

DILA ELLA said...

betul ke?takutnya..

DILA ELLA said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

mmg pelikkan..buaya warna putih..
selalunya klu ckp pasal buaya putih ni mst ada kaitan dgn perkara mistik ni kan.. seram plak rasanya.

Aida Ismail said...

Kat Penang ada buaya putih? Tak pernah tahu pulak. Huu~

依之汉 said...

Buaya putih ini keturunannya masih hidup lagi di Negeri Sembilan. Diinterviu oleh rakan saya sendiri untuk dimasukkan ke dalam cerita rakyat Negeri Sembilan.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP