Shila Amzah Berwajah Baru Yang Lebih Muslimah. Pengakuan Beliau Di Twitter. |
Katanya “Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila akan terus bertudung ”- Shila Amzah.
Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti bertudung itu hanya sementara atau akan kekal. Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu. Jika kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan imej bertudung.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu turut menghargai para peminat yang menyokong dan mendoakan supaya dia terus mengekalkan imej bertudung. Memfokuskan beribadat pada bulan Ramadhan, Shila juga menyertai beberapa majlis amal seperti program berbuka puasa, bersahur bersama peminat dan pelbagai lagi. Selain itu, anak kepada penyanyi N.D Lala ini juga turut menjayakan beberapa rakaman bagi program yang bakal disiarkan pada Syawal akan datang. Apabila ditanya berkenaan status perhubungan bersama Sharnaaz Ahmad serta niat untuk melayari bahtera perkahwinan, dia lebih gemar untuk tidak memberi sebarang kenyataan.
SPR : Alhamdulillah..Memang lagi cantik kalau bertudung..Moga Istiqomah..
5 comments:
sangatcomel///
alhamdulillah semakin ramai yang menemui sinar hidup baru. :) insyaallah kita juga bersama2 dgn mereka
semoga menjaga imej org bertudung :)
alhamdulillah :)
smkin cntik.. alhamdulillah ^^
Post a Comment