Lelaki ini tampil dalam sebuah rancangan TV di Jepun menunjukkan ekor yang mereka miliki. Beberapa pihak meyakini ekor tersebut bukanlah ekor sebenar. Ianya adalah kelainan bawaan yang disebut spina bifida atau sumbing tulang belakang. Keadaan ini terjadi kerana ada celah pada tulang yang tidak tertutup sejak lahir, lalu ada bahagian yang tumbuh keluar.