Wednesday, August 3, 2011

Azan Setiap Saat Di Seluruh Dunia Tanda Kebesaran Allah

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan laungkan azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah.” Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan Bilal akn melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belum pun laungan azan di Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.

Berikutnya Laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar – bandar Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan zuhur kini sudah dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
SubhanaAllah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.
Subhanallah... Hebat Ciptaan Allah Yang Maha Agung...



SPG : Maha Suci Allah Yang lebih mengetahui daripada apa yang kita tidak tahu.

48 comments:

  1. salam sahabat
    Allahu Akbar Allah its great..good luck ya

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar. jom semayang subuh :D

    ReplyDelete
  3. t kasih kerana sudi share & sebar2kan maklumat yang berguna.

    ReplyDelete
  4. subhanallah, Allahhuakbar..tq 4 sharing

    ReplyDelete
  5. SUBHANALLAH!! THANKS SHARING THE INFO!! TAK PERNAH TERFIKKIR PUN SEBELUM NI!!

    ReplyDelete
  6. kesatuan ummah melalui satu seruan kejayaan

    ReplyDelete
  7. nice entry...
    Islam itu Indah ;)

    ReplyDelete
  8. Subhanallah...
    Tak pernah terfikir pun sebelum ni...
    Padan la solat 5 kali sehari...
    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  9. Info yg sgt menarik. X pernah tahu pun sblm ni.

    ReplyDelete
  10. penah baca tentang ni x lama dulu,bagus untuk terus sebarkan.subhanallah!

    ReplyDelete
  11. subhanallah! tak sangka plak camnih sistem azan erk. ish2... :)

    ReplyDelete
  12. Allah Maha Berkuasa.. Keagungannya Terserlah.. :)

    ReplyDelete
  13. subhanallah. indah sungguh ciptaan tuhan :')

    ReplyDelete
  14. subhanAllah~
    sesungguhnya tiada kuasa yang mampu manandingiNYA~

    ReplyDelete
  15. Subhanallah. Maha Suci ALLAH :')

    ReplyDelete
  16. Baru ku tahu.....aku terfikir bagaimana Syaitan yang setiap masa berselindung dari azan...mampu menjalankan kerjanya...sedangkan kita yang sihat tubuh badan ini gagal menyudahkan tanggungjawab kita...

    ReplyDelete
  17. tulah...bagus idea kamu tu assoy..kita tetap insan yang alpha lagi lupa tentang tugas kita sebagai khalifah. Jadi sama2 lah kita renung2kan di mana kita selama ini.

    ReplyDelete
  18. Salam kepada semua blogger support lah kempen 1Blog 1Bendera jom kat sini.. TQ

    ReplyDelete
  19. owh.pasal nie dah tawu lame dah.dlu mase skola pon ustad ade cerite..

    ReplyDelete
  20. subhanallah....thank 4 da info! its a new to me!

    visit me: Nasri

    ReplyDelete
  21. Subhanallah..
    dan apabila suara azan x lg bersahutan, maka kluar la yakjuj n makjuj..n kite pun menuju ke ari kiamat..

    ReplyDelete
  22. subhanallah..dalam malaysia pun waktu azan berbeza beza ikut daerah ini kan pulak seluruh dunia..

    ReplyDelete
  23. thanks atas info ni~ sy baru tahu~ allah tu maha besar~;)

    ReplyDelete
  24. unlock iphone 4
    how to unlock iphone 4

    I just got my laptop 1 week ago and now i have viruses. I don't know what to do i'm only 13. Anyone? Please! i need this laptop for school and 12 of my projects got deleted. Tell me what to do and all i go on is youtube google myspace and face-book someone tell me what to do i was going to get virus protection today but now its too late!
    unlock iphone 4 unlock iphone 4 how to unlock iphone 4
    I renewed my trend micro on september this year, b/c I've had it for so long and it nevergave me problems. My computer has detendted so many viruses, and it crashed on me. I had the blue screen for so long, I had to reset it and b/c i had no hard drive I lost all my work. I have been trying to get in touch with trend micro but I can't find a phone that will work. What can I do, I paid worth a year, and already uninstalled it on november, and evr since my computer works way better. I want my refund but I cant seem to get in touch with anyone. how to unlock iphone 4

    how to unlock iphone 4 unlock iphone 4 [url=http://theunlockiphone4.com]unlock iphone 4 [/url] unlock iphone 4

    ReplyDelete
  25. ALLAH Maha Bijaksana!!! Allahu Akbar!!

    ReplyDelete
  26. Kalau x salah saye, hikmah di sebalik setiap tempat berlainan waktu azan adalah untuk mengelakkan dajal dapat keluar ke permukaan bumi. Setiap kali dengar azan berkumandang, dajal akan jatuh balik ke dalam tanah....wallahua'alam.

    ReplyDelete
  27. memang kagum!!
    masa mula mula 1st time tengok,sppechless...

    ReplyDelete
  28. subhanallah....indhnya islam..

    Allah y Maha Besar...

    ReplyDelete
  29. Allah Maha Besar..
    Islam itu sangat indah.. beruntunglah kita kan.. :)

    ReplyDelete
  30. tanda tanda kekuasaanNya bagi orang yang mahu berfikir...

    ReplyDelete
  31. terima kasih kerana berkongsi fakta secara spesifik..sebelum ni tau macam2 tu jer.. SUBHANALLAH.

    ReplyDelete
  32. subhanallah... Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah ...

    ReplyDelete
  33. subhanallah..

    nice sharing...tak penah tau pun sblum ni..
    thanks:)

    ReplyDelete
  34. islam adalah asing dan satu masa ia akan menjadi asing... moga kita tidak berada pada zaman tersebut

    ReplyDelete