Sunday, September 5, 2010
Bersaranya Bos Besar Aku.. IGP Tan Sri Musa Hassan
Setelah berkhidmat selama 41 tahun, pada tahun 2010 Tan Sri Musa Hassan mengambil keputusan untuk bersara dari pasukan setelah menabur pebagai bakti di dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara bersama PDRM.
Sepanjang pekhidmatan beliau Garuda lihat Tan Sri seorang yang mudah untuk didekat dan mesra dengan semua Pegawai dan Anggota PDRM. Sebab setiap kali solat jumaat Garuda mesti akan berjumpa dengan Tan Sri dan sikap ramah serta rendah diri beliau melihatkan Garuda akan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin No.1 PDRM.
Jasa dan bakti serta kebajikan pasukan sentiasa menjadi keutamaan beliau bagi memastikan Pegawai dan Anggota PDRM mendapat ruang dan kemudahan yang cukup dalam menjalankan tugas mempertahankan keselamatan.
Maka tarikh 12 September 2010 akan berlaku penyerahan secara rasmi jawatn no.1 PDRM itu kepada Timbalan Beliau iaitu Tan Sri Ismail Omar dan jawatan DIG akan digalas oleh Datuk Hussin Ismail Pengarah Jabatan KDN/KA.
Insyallah Garuda akan turut serta sekali untuk Majlis Paluan Berundur yang akan diadakan di Dataran Kawad Pulapol KL bagi meraikan hari terakhir Tan Sri Musa bersama pasukan dan Makan Malam Pegawai "Mess Night" di KLCC di sebelah malam.
Moga Tan Sri terus memberi sumbangan dan idea melalui kepakaran Tan Sri walaupun tidak berada di dalam pasukan lagi. Dan selamat menempuh alam persaraan yang lebih merehatkan.
SPG : Terima kasih Tan Sri dari seluruh warga PDRM dan Rakyat Malaysia.
Terima Kasih..:)
ReplyDeleteTerima kasih atas segala jasa yg dicurahkan demi menjaga keselamatan negara & kita semua..semoga penggantinya dpt menjalankan tanggungjawab dengan adil & bijaksana.
ReplyDeletelama tak jumpa pakcik aku ni, akhirnya pulang juga ke kampung
ReplyDeletepehh, lama betul dia berkhidmat !
ReplyDeletelepas nih tengok plak camne style ismail omar jaga pdrm. :)
ReplyDeleteang ni polis ke?
ReplyDeletememang respect dgn tan sri musa:)
ReplyDeletedulu time skola rendah cikgu tanya besar nanti nak jadi apa
cek jawab nak jadi ketua polis negara
tapi sekarang dah jauh benar dgn bidang..hihi
tan sri haji ismail, selamat bertugas :)
selamat bertugas Tan Sri.. sematkan niat lillahitaala.. insyaAllah mendapat berkat!
ReplyDeleteSelamat Ari Raya (^_~) hati2 pulang ke kmapung ya...
ReplyDelete1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
ReplyDelete2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.
3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.
4. Berhati-hati di jalanraya.
byk berjasa die ni pada negara.
ReplyDeletesemoga hidupnya diberkati Allah selalu :)
Ku ucapkan pada kedua2nya agar teruskan hidup dalam mendapat keredhoan Allh SWT..
ReplyDeletedh bersara yer..erm harap pengganti nya dpt jln kn tnggungjwb sept tan sri musa.
ReplyDeletei betul2 suka dgn apa yg u tulis dlm blog u... love it...
ReplyDeletekepada penulis blog: "Jenayah itu padah" atau rimausakti.blogspot tolong tulis kepada saya. byk benda i nak tanya dgn u.. interesting fact also.
here my email: birthmark72@yahoo.com