Untuk menjauhkan sebarang potensi
gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China
mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang
sehingga ke buku lali. Sekeping gambar dimuat naik laman
sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model
mengenakan bulu kaki tiruan itu. Mengiringi gambar itu ialah keterangan
mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis
bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu
boleh dibeli.
Carian di Internet juga gagal mendapat
jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang
memberikan pelbagai reaksi. Satu daripada komen pelayar menyatakan:
“Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu
menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan
pemakainya.
“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak
diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,”
katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki
berbulu. “Tidak mencukur kaki adalah pilihan
lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk
itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J
Crew pada 2010. Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu
mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan
menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan.
uwaaa!! banyak nye bulu kaki. huhu takut pula :'( drop comment juga ye kat belog tasneem ^^
ReplyDeletegelinya tengok..
ReplyDeleteamboi..bnyak sungguh...huk3
ReplyDeleteHehe..ngeri je tengok bulu kaki tu..
ReplyDeletebanyaknya bulu kaki,geli tengok..
ReplyDeletegeli ooo...
ReplyDelete