Friday, June 28, 2013
Nasib Bayi Kembar 12 Yang Terpaksa Dibunuh
Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.” “Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.
“Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut. Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.
“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
kejamnya!
ReplyDeletekenapalah begitu kejam? sifat kebinatangan jelas terserlah
ReplyDeleteapa nak jadi la depa ni,,huhu
ReplyDelete12 twins O.O x fhm btol nape they made a rule like that. baby2 tu x bersalah kot.. >.<
ReplyDeleteteruk sgt kt sana kan! before ni ade jugak bbrp kali dh terbaca psl berita mcm ni :'( paling tak boleh bla psl lempar dari atas puncak gunung tu. geram, sedih, kesian semua ada bile bace.
ReplyDeletekesian seri tengok nasib bayi2 yang comel tu..
ReplyDeleteastaghfirullahalazim. ingat baby tu barang ape nk pilih & lupus. tuhan da bagi rezeki. nyawa yg berharga dia buat gtu. heartless betul :'(
ReplyDeletemintak dijauhkan la. insyaALLAH
kejamnya, anak-anak tu nak hidup juga. tak berperikemanusiaan betul la. Malangnya sungguh nasib kau wahai si anak. Syurga Menanti Kamu di Sana....
ReplyDeletebegitulah jadinya bila manusia hidup dengan ajaran agama yang tidak betul...
ReplyDeleteYa ALLAH, sedihnya baca
ReplyDeleteastaghfirullahallazim..
ReplyDeletealolo..ciannya lahai..sebab penduduk kat china dah terlalu ramai sampai sanggup buat camtu..baik jual je dari bunuh! ramai lagi orang kat dunia ni nak anak..dorang suka2 lempar kat gunung.kijammmmm!
ReplyDeletetersangat lah comel baby itu. ^^ huhu kesian nya. :'(
ReplyDeletehuhuhu kejam :'(
ReplyDeleteYa Allah kenapalah kejam sangat mereka ni..berperang 31 jam nk lahirkan,lepas tu,senang2 campak anak tu dari gunung..haissshh
ReplyDeletekejamnya...
ReplyDeletekesiannya bayi2 tu....kejam
ReplyDeletefrust pulak aku baca ne.. huh!
ReplyDeleteManusia2.,.. anak itukan rezeki.. sedihh :(
Klau ye pun terpaksa matikan baby tu sebab ada undang2 giler, xde ke cara yg lebih baik??
ReplyDeleteallaahuakbar!
ReplyDeletebila undang-undang dunia melampaui undang-undang agama beginilah jadi nya. inshaaAllah bayi tersebut dijanjikan syurga kelak.
dari dok bunuh tu, lebih baik bagi kat den je.. T_T
ReplyDeletekejamnya. kat sana tu suka suki je nak bunuh bayi kalau dapat jantina yg x suka. adoii
ReplyDeletedah rezeki dapat kembar. aduhh kena pilih 1 jer
sedih
undang2 yg banggang...
ReplyDelete