Wednesday, April 27, 2011

Bahagian kedua klip video seks di YouTube


Bahagian kedua klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan seorang pelacur China disebarkan menerusi laman video YouTube hari ini.
Klip video selama 1 minit 47 saat saat bertajuk "Papa Nurul Izzah Part II" itu dipindah naik oleh pemegang akaun YouTube dengan nama "wakparjosudorno".

Pautan klip video itu dipaparkan beberapa laman blog sejak petang tadi. Ia adalah susulan bahagian pertama bertajuk “VTS 01 1" yang dipindah naik ke laman video berkenaan awal bulan ini oleh "thepowercam". Bahagian kedua klip video itu memaparkan lelaki terbabit mengenakan semula pakaian selepas melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan.

---> SUMBER <---

Sudut Pandang Rimau : Macam bukan Dia jer...huhuhuh..

Wednesday, April 6, 2011

(Sticky Post) Produk Terkini Cenderahati Aromaterapi Terhebat!!

Produk terbaru bersaiz 9cm x 7cm

Cenderahati Aromaterapi 100% buatan tangan yang sesuai untuk majlis-majlis seperti berikut :
  • Perkahwinan
  • Pertunangan
  • Majlis-majlis rasmi syarikat/jabatan/persatuan
  • Lain-lain majlis keramaian yang bersesuaian

Produk ini juga sesuai diletakan di dalam kenderaan, ruang tamu rumah, ruang pejabat, bilik terapi SPA, bilik tidur, almari pakaian dan tandas kerana baunya yang harum dan menenangkan jiwa serta mudah simpan.

Selain itu juga haruman ini adalah berasaskan produk-produk halal yang dijamin kesuciannya tanpa was-was.

Sila Hubungi Zue [013 - 3716250] atau Zuren [012 - 7348055] atau Fizah [016 - 2635020] untuk pertanyaan lanjut, rundingan harga dan tempahan (sms juga akan dilayan). Harga dijamin memuaskan serta berpatutan. Tempahan seluruh Malaysia, penghantaran melalui pos atau serahan tangan bergantung kepada permintaan pelanggan.

Pegawai Kastam Ditemui Mati DiPejabat SPRM


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi. Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor. Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes. Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

Monday, April 4, 2011

Sepakan Gunting Safee Sali Untuk Gol Ke-4 Peribadinya

Jaringan cantik Safee Sali bagi Gol Pertama dengan sepakan gunting

Safee Sali sekali lagi membuktikan dia bukan calang-calang penyerang yang dimiliki Malaysia buat masakini. Masakan tidak dengan jumlah 4 gol daripada 5 perlawanan membuktikan beliau adalah senjata paling ampuh yang dimiliki Malaysia dan kini pasukan Pelita Jaya FC.

Jaringan cantik beliau ala Rooney sewaktu Pelita Jaya FC menumbangkan Persijap Jepara dengan 2-0 kini dinobat antara jaringan tercantik di Liga Super Indonesia. Pelita Jaya FC yang kini mendaki tangga ke-14 di ISL (Indonesia Super League) dengan 19 mata ketinggalan 1 mata di belakang Persijap Jepara dan kurang satu perlawanan dari Persijap Jepara.

Kedudukan terkini Liga Super Indonesia


SPR (Sudut Pandang Rimau) : Selamat Maju Jaya Safee Sali..Teruskan aksi terbaikmu...

Sunday, April 3, 2011

Amy Search : Pengetua Akademi Fantasia 9

Amy The Lagend
Dimashyurkan Sebagai Pengetua AF 9

Sempena pembuka tirai Akademi Fantasia 9 semalam, Aznil yang sekali lagi ditampilkan sebagai host sempena AF terakhir kali ini mengumumkan Pengetua bagi AF 9 adalah Amy Search. Memang dah diduga sejak awal lagi lagenda rock ini akan mengetuai AF yang dikatakan edisi terakhir sebelum melabuhkan terus Akademi Fantasia yang telah berlangsung secara terus menerus tanpa henti sejak 8 tahun yang lalu.

Pemilihan Amy adalah mewarisi jawatan yang sebelum ini disandang Norman KRU pada edisi AF8 musim lalu. Moga lebih ramai lagend akan terhasil dibawah tangan beliau. Syabas Amy selamat menjalankan tugas...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP