Monday, May 31, 2010

Ops Tunda Kereta Oleh DBKL (31.05.2010 @ 1123 am)



Saya jalan-jalan pagi tadi di Maju Junction KL ada urusan dekat JPJ situ. Sambil tunggu kawan saya kat depan MJ tu, saya nampak sekumpulan geng penguatkuasa DBKL tengah duk bincang-bincang nak menunda kereta Proton Savvy yang diparking di depan MJ tu. Kira tempat salah la.Saya tengok pada cermin kereta tu dah ade saman DBKL. Mungkin lama sangat anggota penguatkuasa tu tunggu pemiliknya sampai tuk alih kereta dengan tak semena-mena datang satu lori tunda DBKL melintasi tempat saya berdiri tu.

Apa lagi, kereta tu kena tunda la tanpa pengetahuan Tuannya..Video tu saya rakam sendiri di tempat kejadian..(sori la teleng skit kepala nak tengok video tu. Maklum la perakam amatur..)

p/s : pikir-pikir kan siapa yang salah ek? komen skit kengkawan...

Orang Asli PDRM (Skuad Senoi Praaq)



Tahukah anda bahawa di dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia terdapat satu skuad khas yang hanya terdiri daripada kaum orang-orang asli pribumi Malaysia yang dikenali sebagai Skuad Senoi Praaq yang bererti Pejuang merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.

Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa darurat dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.

Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.

Cayalah skuad...

p/s : adakah negara2 lain mempunyai skuad seperti ini? Anda carilah..

Sunday, May 30, 2010

Pelawaan untuk menjadi Inspektor Polis




Kepada sesiapa yang berumur 18 - 28 tahun berminat untuk menyertai pasukan Polis Di Raja Malaysia dengan menjawat pangkat Inspektor Polis, berita ini dipanjangkan kepada semua yang berminat. Ianya dibuka bermula 23 Mei 2010 hingga 04 jun 2010. Borang-borang boleh didapati di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran dengan anda.

Gaji yang ditawarkan amatlah lumayan iaitu bermula dengan gaji P1T1 RM 2060.28 (tokok tambah lain-lain elaun gaji kasar dekat-dekat RM 3200.00). Kelayakan minima adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari mana-mana institusi-institusi pengajian awam atau swasta yang diiktiraf oleh JPA. Kepada yang mempunyai kelayakan lebih tinggi juga dipelawa memohon.

Had ketinggian minima 163 cm bagi calon lelaki dan 157 cm bagi calon perempuan.Borang-borang yang telah diisi hendaklah dihantarkan segera selewat-lewatnya sampai dibahagian pengambilan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum atau pada 04 Jun 2010. Alamatkan borang anda ke alamat :

KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)

IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN

50560 W.P KUALA LUMPUR.

TELEFON : 03-22668345.

p/s : Cepat-cepat..kekosongan terhad..

Mampukah Perumahan Berpagar Dan Berpengawal Jamin Keselamatan


Pada Sabtu baru-baru ini kira-kira pukul 11 malam, sekumpulan ustazah yang berkongsi sebuah rumah di USJ 9 di sini ternampak seorang lelaki cuba memecah masuk rumah jiran di belakang.

Tiba-tiba mereka terdengar jeritan dan mereka turut menjerit apabila melihat lelaki itu memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap dapur yang masih terang dengan cahaya lampu.

Seorang lagi jiran lelaki yang tinggal beberapa pintu dari rumah berkenaan membuka pintu belakang untuk melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan "pencuri, pencuri!"

Dia yang tinggal di barisan yang sama semasa itu sedang minum air dan terlihat seorang pemuda berlari melepasi tingkap dapurnya.

"Berdasarkan kepada profil sisi dan gerak hati saya, saya pasti pemuda ini bukan warga tempatan.

"Saya tidak panik ataupun menjerit, tetapi saya sebaliknya terfikir macam mana pemuda ini dapat masuk ke lorong belakang yang berpagar."

Lorong belakang itu dipagar beberapa minggu sebelum kejadian.

Semua penghuni di dua barisan rumah yang terbabit keluar dari kediaman masing-masing untuk meninjau kejadian itu.

PANGGIL POLIS

Penduduk yang menjerit atau menyaksikan kejadian itu terus menghubungi balai polis yang terletak lebih kurang 1km dari kawasan kediaman itu.

Semasa kebanyakan penduduk terbabit mula berkumpul di jalan di hadapan rumah mereka, polis sudah pun menahan pemuda itu.

"Ini betul-betul cepat dan cekap. Polis sampai di sini dalam beberapa minit sahaja untuk menangkap pemuda terbabit, seorang warga India yang bekerja di sebuah kedai Mamak di Taipan. Tindakan pantas kereta peronda dari balai polis USJ8 perlu dipuji," kata Kapten Mohd Shuib, seorang juruterbang secara kebetulan tidak bertugas pada malam itu.

Beberapa hari sebelum itu, terdapat percubaan untuk pecah masuk kediaman ustazah itu.

Ustazah-ustazah itu diminta datang ke balai polis untuk mengenal pasti pemuda itu. Seorang daripada guru agama itu telah terserempak dengan penceroboh berkenaan.

Lorong di hadapan kediaman ustazah itu mempunyai dua buah rumah yang dihuni warga asing, kebanyakannya dari India dan Bangladesh yang bekerja di kawasan berdekatan.

Pemuda itu masuk ke lorong belakang dengan memasuki rumah hujung yang disewa oleh kumpulan ustazah itu melalui pintu pagar depan yang tidak berkunci.

MEMASTIKAN KESELAMATAN

Penduduk di beberapa taman perumahan semakin mementingkan aspek keselamatan memandangkan kejadian pecah rumah dan jenayah lain banyak berlaku. Tiada satu kaedah yang boleh dianggap sebagai penyelesaian menyeluruh.

Sebagai contoh langkah memagar lorong belakang juga menunjukkan kepincangan seperti dalam kejadian ini. Jadi apakah pilihan lain lagi?

Sistem penggera serta CCTV atau kamera kabel menjadi pilihan bagi sesetengah orang.

Empat kamera CCTV beserta 20 penderia pada tingkap dan pintu menelan belanja antara RM5,000 dan RM7,000. Tetapi bukan semua mampu memasangnya.

"Ibu bapa saya memasang sistem penggera demi keselamatam kami terutama apabila kami berada di rumah bersendirian pada waktu malam. Kami mengunci bilik apabila penggera berbunyi pada waktu malam.

"Kami sebelum itu pernah disamun dan diikat dalam kejadian di rumah seorang rakan di Puncak Alam beberapa tahun yang lepas. Penggera berbunyi tetapi mereka tersalah anggap yang ia senario biasa disebabkan oleh pergerakan kucing berdekatan penderia. Saya dan adik saya diikat dengan wayar telefon. Satu pengalaman menakutkan. Sejak itu jika saya terdengar bunyi pergerakan di bumbung atau penggera, saya akan menunggu untuk mengetahui puncanya melalui CCTV. Gambar CCTV dapat dilihat dari bilik kami. Sistem penggera kini lebih canggih," kata Zahirah, 16, yang berbadan kecil molek.

PENGAWAL DAN PAGAR (G&G)

Satu lagi pilihan yang mendapat perhatian sekarang ini ialah pengawal dan pagar (G&G), dan kaedah ini pernah dibincangkan berkali-kali oleh komuniti yang terbabit.

Penduduk perlu berpakat dan membayar upah pengawal keselamatan, kebanyakannya warga asing, lebih kurang RM5.50 sen sejam untuk mengawal, dengan dua pengawal ditempatkan di setiap pos bagi satu-satu syif.

Selain menjalankan kawalan, pegawal keselamatan juga memberi tabik hormat, menunjukkan rasa hormat kepada penduduk, setiap kali mereka melintas masuk-keluar pos kawalan.

Jumlah yang perlu dibayar kepada Persatuan Penduduk ialah mengikut bilangan penduduk yang mengambil bahagian dalam skim itu, antara RM30 dan RM80 sebulan.

Dan bagi mengadakan infrastruktur awal untuk G&G, mereka perlu bayar tambahan RM100 hingga RM200 lagi, untuk satu kali sahaja.

KEPERLUAN MINIMUM BAGI G&G

Wakil Rakyat Subang Jaya, Hannah Yeoh baru-baru ini mengulas mengenai isu G&G di sebuah forum terbuka, yang turut melibatkan polis dan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab bagi kawasan itu.

"Penduduk mesti sedar penutupan jalan-jalan mesti dipersetujui oleh semua pengguna jalan atau penduduk di situ khasnya. Memagar kawasan perumahan masih belum dianggap sah. Pengawal pula tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada memasuki satu-satu kawasan atau meminta kad pengenalan. Pengawal-pengawal ini mesti berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan mereka masih tidak mempunyai kebenaran untuk dilengkapi dengan senjata api.

Sebelum mana-mana skim G&G boleh dilaksanakan, 85 peratus daripada penduduk mesti bersetuju untuk mendapatkan khidmat pengawal di kawasan mereka.

Bagaimanapun, garis panduan baru untuk mempermudah permohonan bagi G&G masih belum diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.

Hannah berkata, "Kami berharap ia akan diluluskan dalam masa terdekat supaya ketidaktentuan akan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dapat dipastikan."

Tinjauan rambang dengan polis menunjukkan kebanyakan kawasan di Subang Jaya tidak banyak melaporkan kejadian jenayah, terutama kejadian pecah rumah.

Bagaimanapun, terdapat juga kawasan yang masih mencatatkan kadar jenayah yang rendah walaupun tanpa status G&G.

Bagaimanapun, kes ragut masih membimbangkan dan ia lazim berlaku di kawasan perniagaan dan bukan kediaman.

Penyelesaian terbaik ialah berpegang kepada amalan kejiranan yang baik; saling menjaga kediaman di kawasan kejiranan dan juga sentiasa mesra dengan jiran setiap masa.

Berikut adalah Tip-tip mencegah dari rumah dipecah masuk :

· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.

· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.

· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.

· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.



p/s : Hidup berjiran amalan mulia...

MARI BERTUKAR SAMBUNGAN ( EXCHANGE LINK ) ~ Jenayah Itu Padah



Jom tukar link: mohd zaiful Jadi

Untuk tambah-tambah kenalan...

http://rimausakti.blogspot.com

Jangan Pandang Ringan Jenayah Siber

Jangan memandang ringan terhadap kegiatan jenayah siber kerana mendapati teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi internet dan jalur lebar mempunyai elemen atau unsur bahaya yang perlu ditangani.

Walaupun protokol internet antarabangsa yang didokong kumpulan tertentu menegaskan agar internet jangan disekat, dibimbing atau ditapis, jenayah siber bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

Isu jenayah siber mungkin belum lagi penting kepada negara tertentu yang masih dalam peringkat menyelaraskan khidmat internet dan jalur lebar di negara masing-masing tetapi bagi Malaysia soal-soal seperti penipuan, hasutan dan keselamatan perlu dihadapi sebagai cabaran nasional.

Kita kena fikir, ICT melalui internet, jalur lebar ini mempunyai beberapa elemen atau unsur bahaya, yakni sekurang-kurangnya kita kena berhadapan untuk membuang dan membasmi perjudian, pornografi kanak-kanak dan perkara yang menyalahi undang-undang hasutan termasuk keselamatan negara.

Penggunaan perbankan internet dewasa kini banyak berkembang di negara kita dan perkara ini adalah satu perkembangan yang positif dikalangan masayrakat Malaysia yang semakin celik IT dan menmanfaatkannya dalam kehidupan harian, namun sejauh manakah selamatnya penggunaan perbankan internet ini. Saya tinggalkan anda semua untuk renung-renungkan dan fikir-fikirkan perkara ini..wassalam...

p/s : saya pun bayar bil api/air/astro guna internet banking jugak..mudah rasanya..

Saturday, May 29, 2010

Kenali Cawangan Khas PDRM Dan Sumbangan Kepada Negara





Pendahuluan1.Sejak penubuhannya pada tahun 1949, peranan Cawangan Khas terus berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan trend ancaman keselamatan negara masa kini. Justeru, Cawangan Khas sentiasa proaktif melaksanakan tanggungjawabnya bagi mengekalkan identiti sebagai sebuah badan perisikan utama negara.


Menangani Elemen Pengganas
2. Sejak penubuhannya, Cawangan Khas telah memainkan peranan penting dalam menentang dan menyekat ancaman dari Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga membawa kepada kekalahan dan pengunduran pengganas komunis pada tahun 1960. Usaha pembanterasan ini diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi dan akhirnya membawa kepada perjanjian damai dan perletakan senjata oleh pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Selain pembanterasan elemen pengganas komunis di Semenanjung Malaysia, ancaman komunis di Sarawak juga berjaya ditumpaskan sehingga membawa kepada penyerahan diri 52 orang saki baki pengganas komunis dari Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) pada 17 Oktober 1990. Perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Thai dan PKM pada 2 Disember 1989 telah berjaya menghapuskan ancaman militan komunis yang telah wujud selama 41 tahun. Tamatnya ancaman tersebut telah berjaya menaikkan imej negara dan Cawangan Khas di mata dunia.


3. Pengalaman pertama Cawangan Khas dengan ancaman pengganas adalah sewaktu menghadapi insiden Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975. Hasil peranan aktif yang dimainkan oleh Cawangan Khas, 52 orang tebusan berjaya dibebaskan dan lima elemen JRA telah dihantar pulang ke Libya.


4. Peredaran zaman turut mempengaruhi corak ancaman keselamatan negara. Elemen pengganas bersifat lebih kompleks dan global. Jaringan perhubungan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dengan kumpulan Teroris Antarabangsa, Al-Qaeda, Darul Islam dan Kumpulan Abu Sayyaf menjadikan kumpulan militan JI sebagai ancaman yang paling serius dan berbahaya. Operasi-operasi yang dijalankan oleh Cawangan Khas dengan kerjasama agensi perisikan luar sejak 2001 hingga 2009 telah berjaya membawa kepada beberapa siri tangkapan pemimpin/ketua elemen kumpulan militan terbabit.


Menangani Elemen Ekstremis Agama

5. Cawangan Khas turut berhadapan dengan ancaman dari sudut ekstremis agama terdiri dari kumpulan radikal dan militan Islam yang memperjuangkan semangat perjuangan dan ajaran terpesong. Lanjutan keberkesanan peranan yang dimainkan, Cawangan Khas berjaya melumpuhkan pergerakan dan mengekang dari berlakunya insiden yang lebih buruk. Ini terbukti apabila turut berjaya merampas sejumlah besar senjata yang digunakan oleh mereka. Antaranya, kejayaan menangani serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor pada 16 Oktober 1980, peristiwa Mamali di Baling, Kedah pada 19 November 1985 dan peristiwa menawan Bukit Jenalik, Perak oleh elemen Al-Maunah pada 2-6 Julai tahun 2000. Insiden-insiden tersebut adalah peringatan tentang keupayaan pengamal ajaran yang menyeleweng boleh mempengaruhi pengikut-pengikut mereka bangkit menentang kerajaan dan pihak berkuasa.


Menangani Elemen Ekstremis Politik

6. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 jelas terbukti tindakan sesetengah parti politik mengeksploitasi isu-isu sensitiviti perkauman dan keagamaan mampu membangkitkan kemarahan antara kaum dan ketidakstabilan sistem politik yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam. Sebagai badan perisikan yang terulung, Cawangan Khas bertindak secara proaktif mencegah berlakunya pertelingkahan antara kaum dan seterusnya mempertahankan kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.


Menangani Ancaman Pendatang Tanpa Izin

7. Kestabilan politik dan ekonomi Malaysia telah mendorong kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini sehingga memberikan implikasi yang serius kepada negara. Kehadiran pendatang tanpa izin telah menimbulkan masalah dari segi sosial dan peningkatan kadar jenayah. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kewujudan sindiket-sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri/perjalanan seperti kad pengenalan dan pasport serta sindiket pemerdagangan manusia. Dalam usaha menangani masalah ini, peranan Cawangan Khas menerusi Ops Kenal, Ops Kenal Lada dan lain-lain yang berjaya memberkas kumpulan-kumpulan sindiket dan mereka yang terlibat.


Penutup

8. Selain menjalankan tugas utamanya dalam mengekalkan keselamatan negara dan ketenteraman awam, Cawangan Khas turut memberi bantuan dan kerjasama dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang membawa kejayaan yang besar kepada PDRM.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP