Saturday, May 29, 2010

Kenali Cawangan Khas PDRM Dan Sumbangan Kepada Negara





Pendahuluan1.Sejak penubuhannya pada tahun 1949, peranan Cawangan Khas terus berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan trend ancaman keselamatan negara masa kini. Justeru, Cawangan Khas sentiasa proaktif melaksanakan tanggungjawabnya bagi mengekalkan identiti sebagai sebuah badan perisikan utama negara.


Menangani Elemen Pengganas
2. Sejak penubuhannya, Cawangan Khas telah memainkan peranan penting dalam menentang dan menyekat ancaman dari Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga membawa kepada kekalahan dan pengunduran pengganas komunis pada tahun 1960. Usaha pembanterasan ini diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi dan akhirnya membawa kepada perjanjian damai dan perletakan senjata oleh pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Selain pembanterasan elemen pengganas komunis di Semenanjung Malaysia, ancaman komunis di Sarawak juga berjaya ditumpaskan sehingga membawa kepada penyerahan diri 52 orang saki baki pengganas komunis dari Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) pada 17 Oktober 1990. Perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Thai dan PKM pada 2 Disember 1989 telah berjaya menghapuskan ancaman militan komunis yang telah wujud selama 41 tahun. Tamatnya ancaman tersebut telah berjaya menaikkan imej negara dan Cawangan Khas di mata dunia.


3. Pengalaman pertama Cawangan Khas dengan ancaman pengganas adalah sewaktu menghadapi insiden Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975. Hasil peranan aktif yang dimainkan oleh Cawangan Khas, 52 orang tebusan berjaya dibebaskan dan lima elemen JRA telah dihantar pulang ke Libya.


4. Peredaran zaman turut mempengaruhi corak ancaman keselamatan negara. Elemen pengganas bersifat lebih kompleks dan global. Jaringan perhubungan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dengan kumpulan Teroris Antarabangsa, Al-Qaeda, Darul Islam dan Kumpulan Abu Sayyaf menjadikan kumpulan militan JI sebagai ancaman yang paling serius dan berbahaya. Operasi-operasi yang dijalankan oleh Cawangan Khas dengan kerjasama agensi perisikan luar sejak 2001 hingga 2009 telah berjaya membawa kepada beberapa siri tangkapan pemimpin/ketua elemen kumpulan militan terbabit.


Menangani Elemen Ekstremis Agama

5. Cawangan Khas turut berhadapan dengan ancaman dari sudut ekstremis agama terdiri dari kumpulan radikal dan militan Islam yang memperjuangkan semangat perjuangan dan ajaran terpesong. Lanjutan keberkesanan peranan yang dimainkan, Cawangan Khas berjaya melumpuhkan pergerakan dan mengekang dari berlakunya insiden yang lebih buruk. Ini terbukti apabila turut berjaya merampas sejumlah besar senjata yang digunakan oleh mereka. Antaranya, kejayaan menangani serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor pada 16 Oktober 1980, peristiwa Mamali di Baling, Kedah pada 19 November 1985 dan peristiwa menawan Bukit Jenalik, Perak oleh elemen Al-Maunah pada 2-6 Julai tahun 2000. Insiden-insiden tersebut adalah peringatan tentang keupayaan pengamal ajaran yang menyeleweng boleh mempengaruhi pengikut-pengikut mereka bangkit menentang kerajaan dan pihak berkuasa.


Menangani Elemen Ekstremis Politik

6. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 jelas terbukti tindakan sesetengah parti politik mengeksploitasi isu-isu sensitiviti perkauman dan keagamaan mampu membangkitkan kemarahan antara kaum dan ketidakstabilan sistem politik yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam. Sebagai badan perisikan yang terulung, Cawangan Khas bertindak secara proaktif mencegah berlakunya pertelingkahan antara kaum dan seterusnya mempertahankan kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.


Menangani Ancaman Pendatang Tanpa Izin

7. Kestabilan politik dan ekonomi Malaysia telah mendorong kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini sehingga memberikan implikasi yang serius kepada negara. Kehadiran pendatang tanpa izin telah menimbulkan masalah dari segi sosial dan peningkatan kadar jenayah. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kewujudan sindiket-sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri/perjalanan seperti kad pengenalan dan pasport serta sindiket pemerdagangan manusia. Dalam usaha menangani masalah ini, peranan Cawangan Khas menerusi Ops Kenal, Ops Kenal Lada dan lain-lain yang berjaya memberkas kumpulan-kumpulan sindiket dan mereka yang terlibat.


Penutup

8. Selain menjalankan tugas utamanya dalam mengekalkan keselamatan negara dan ketenteraman awam, Cawangan Khas turut memberi bantuan dan kerjasama dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang membawa kejayaan yang besar kepada PDRM.

5 comments:

akuvision said...

peh dah lain dah aku tengok blog ni rimau!

paskal_garuda said...

Ade la sikit2 usaha ni..nyambil2 study ni...tgk2 blog...mane iklan aku tak masuk lagi pun..

akuvision said...

iklan masuk dah, byk kali aku klik semalam bro

toyolkiut said...

..xmau jd polis la..
takut pistol..

TEAM FM2010 said...

The Best Intelligent in M'sia!!!!

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP