Pada Sabtu baru-baru ini kira-kira pukul 11 malam, sekumpulan ustazah yang berkongsi sebuah rumah di USJ 9 di sini ternampak seorang lelaki cuba memecah masuk rumah jiran di belakang.
Tiba-tiba mereka terdengar jeritan dan mereka turut menjerit apabila melihat lelaki itu memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap dapur yang masih terang dengan cahaya lampu.
Seorang lagi jiran lelaki yang tinggal beberapa pintu dari rumah berkenaan membuka pintu belakang untuk melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan "pencuri, pencuri!"
Dia yang tinggal di barisan yang sama semasa itu sedang minum air dan terlihat seorang pemuda berlari melepasi tingkap dapurnya.
"Berdasarkan kepada profil sisi dan gerak hati saya, saya pasti pemuda ini bukan warga tempatan.
"Saya tidak panik ataupun menjerit, tetapi saya sebaliknya terfikir macam mana pemuda ini dapat masuk ke lorong belakang yang berpagar."
Lorong belakang itu dipagar beberapa minggu sebelum kejadian.
Semua penghuni di dua barisan rumah yang terbabit keluar dari kediaman masing-masing untuk meninjau kejadian itu.
PANGGIL POLIS
Penduduk yang menjerit atau menyaksikan kejadian itu terus menghubungi balai polis yang terletak lebih kurang 1km dari kawasan kediaman itu.
Semasa kebanyakan penduduk terbabit mula berkumpul di jalan di hadapan rumah mereka, polis sudah pun menahan pemuda itu.
"Ini betul-betul cepat dan cekap. Polis sampai di sini dalam beberapa minit sahaja untuk menangkap pemuda terbabit, seorang warga India yang bekerja di sebuah kedai Mamak di Taipan. Tindakan pantas kereta peronda dari balai polis USJ8 perlu dipuji," kata Kapten Mohd Shuib, seorang juruterbang secara kebetulan tidak bertugas pada malam itu.
Beberapa hari sebelum itu, terdapat percubaan untuk pecah masuk kediaman ustazah itu.
Ustazah-ustazah itu diminta datang ke balai polis untuk mengenal pasti pemuda itu. Seorang daripada guru agama itu telah terserempak dengan penceroboh berkenaan.
Lorong di hadapan kediaman ustazah itu mempunyai dua buah rumah yang dihuni warga asing, kebanyakannya dari India dan Bangladesh yang bekerja di kawasan berdekatan.
Pemuda itu masuk ke lorong belakang dengan memasuki rumah hujung yang disewa oleh kumpulan ustazah itu melalui pintu pagar depan yang tidak berkunci.
MEMASTIKAN KESELAMATAN
Penduduk di beberapa taman perumahan semakin mementingkan aspek keselamatan memandangkan kejadian pecah rumah dan jenayah lain banyak berlaku. Tiada satu kaedah yang boleh dianggap sebagai penyelesaian menyeluruh.
Sebagai contoh langkah memagar lorong belakang juga menunjukkan kepincangan seperti dalam kejadian ini. Jadi apakah pilihan lain lagi?
Sistem penggera serta CCTV atau kamera kabel menjadi pilihan bagi sesetengah orang.
Empat kamera CCTV beserta 20 penderia pada tingkap dan pintu menelan belanja antara RM5,000 dan RM7,000. Tetapi bukan semua mampu memasangnya.
"Ibu bapa saya memasang sistem penggera demi keselamatam kami terutama apabila kami berada di rumah bersendirian pada waktu malam. Kami mengunci bilik apabila penggera berbunyi pada waktu malam.
"Kami sebelum itu pernah disamun dan diikat dalam kejadian di rumah seorang rakan di Puncak Alam beberapa tahun yang lepas. Penggera berbunyi tetapi mereka tersalah anggap yang ia senario biasa disebabkan oleh pergerakan kucing berdekatan penderia. Saya dan adik saya diikat dengan wayar telefon. Satu pengalaman menakutkan. Sejak itu jika saya terdengar bunyi pergerakan di bumbung atau penggera, saya akan menunggu untuk mengetahui puncanya melalui CCTV. Gambar CCTV dapat dilihat dari bilik kami. Sistem penggera kini lebih canggih," kata Zahirah, 16, yang berbadan kecil molek.
PENGAWAL DAN PAGAR (G&G)
Satu lagi pilihan yang mendapat perhatian sekarang ini ialah pengawal dan pagar (G&G), dan kaedah ini pernah dibincangkan berkali-kali oleh komuniti yang terbabit.
Penduduk perlu berpakat dan membayar upah pengawal keselamatan, kebanyakannya warga asing, lebih kurang RM5.50 sen sejam untuk mengawal, dengan dua pengawal ditempatkan di setiap pos bagi satu-satu syif.
Selain menjalankan kawalan, pegawal keselamatan juga memberi tabik hormat, menunjukkan rasa hormat kepada penduduk, setiap kali mereka melintas masuk-keluar pos kawalan.
Jumlah yang perlu dibayar kepada Persatuan Penduduk ialah mengikut bilangan penduduk yang mengambil bahagian dalam skim itu, antara RM30 dan RM80 sebulan.
Dan bagi mengadakan infrastruktur awal untuk G&G, mereka perlu bayar tambahan RM100 hingga RM200 lagi, untuk satu kali sahaja.
KEPERLUAN MINIMUM BAGI G&G
Wakil Rakyat Subang Jaya, Hannah Yeoh baru-baru ini mengulas mengenai isu G&G di sebuah forum terbuka, yang turut melibatkan polis dan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab bagi kawasan itu.
"Penduduk mesti sedar penutupan jalan-jalan mesti dipersetujui oleh semua pengguna jalan atau penduduk di situ khasnya. Memagar kawasan perumahan masih belum dianggap sah. Pengawal pula tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada memasuki satu-satu kawasan atau meminta kad pengenalan. Pengawal-pengawal ini mesti berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan mereka masih tidak mempunyai kebenaran untuk dilengkapi dengan senjata api.
Sebelum mana-mana skim G&G boleh dilaksanakan, 85 peratus daripada penduduk mesti bersetuju untuk mendapatkan khidmat pengawal di kawasan mereka.
Bagaimanapun, garis panduan baru untuk mempermudah permohonan bagi G&G masih belum diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Hannah berkata, "Kami berharap ia akan diluluskan dalam masa terdekat supaya ketidaktentuan akan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dapat dipastikan."
Tinjauan rambang dengan polis menunjukkan kebanyakan kawasan di Subang Jaya tidak banyak melaporkan kejadian jenayah, terutama kejadian pecah rumah.
Bagaimanapun, terdapat juga kawasan yang masih mencatatkan kadar jenayah yang rendah walaupun tanpa status G&G.
Bagaimanapun, kes ragut masih membimbangkan dan ia lazim berlaku di kawasan perniagaan dan bukan kediaman.
Penyelesaian terbaik ialah berpegang kepada amalan kejiranan yang baik; saling menjaga kediaman di kawasan kejiranan dan juga sentiasa mesra dengan jiran setiap masa.
Berikut adalah Tip-tip mencegah dari rumah dipecah masuk :
· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.
p/s : Hidup berjiran amalan mulia...
3 comments:
Bila saya kat JB dulu .. ada 3 orang warga asing pecah masuk rumah.. mereka menutup muka menggunakan kain baju yg kami sidai dan tak angkat dr ampaian .. lebih kurang pkl 4 pagi.. lelaki semua diikat guna wayar charger telefon.. bawak parang lagi.. alhamdulillah semua org tidak dicedera kan :(.. but am always afraid to be alone at home from then
memang dasat skang jenyah ni
oo..macam tu ke hidayah.So ape yang saya leh share,slalu stanby nombor polis @ kecemasan di dalam telefon bimbit kamu.Paling efektif letakkannya sebagai paling awal dalam directory hp anda.kerana semasa kita panik kita tidak dapat mengawal perasaan kita. so benda2 macam ni dapat membantu kita untuk masa2 terdesak..selamat beramal...
Post a Comment