Amacam...Ada Berani ker Nak Lawan Chelsea?
Thursday, April 26, 2012
Monday, April 23, 2012
Perbezaan Lebah Dan Lalat, Dengan Orang Mukmin Dan Munafik...

Pertama
Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.
Kedua
Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.
Ketiga
Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.
Keempat
Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.
Kelima
Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.
Keenam
Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam.
Monday, April 16, 2012
Kunjungan Hormat Mr. Gerald Howarth Ke Bukit Aman

Telah berlangsung satu kunjung hormat daripada Mr. Gerald Howarth, Minister For International Security Strategy dan Security Organization dari United Kingdom di bilik Tetamu Ketua Polis Negara pada hari ini.
Turut hadir, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan delegasi.
Sunday, April 15, 2012
Crime Alert Dari Bukit Aman

Sila lapor kepada pihak polis SEGERA melalui email mcc@rmp.gov.my atau talian 03-22663333 supaya siasatan awal dapat dijalankan ke atas aktiviti dadah di kawasan anda.
Bersama-sama kita jadikan kawasan rumah anda selamat dan bersih dari aktiviti yang tidak sihat.
Polis dan Masyarakat bersama memerangi dadah.
Labels:
Langkah Perangi Jenayah Dadah
Wednesday, April 11, 2012
Banduan Melarikan Diri

Butiran peribadi suspek adalah seperti berikut :
Nama : Mohd. Redzuan bin Abd. Rahman
K/P : 801213-05-5591
Umur : 32 Tahun
Alamat terakhir : 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterprenurs Park
58000 Kuala Lumpur.
Untuk tampil memberikan maklumat atau menghubungi
Rakan Cop melalui telefon no: 03-21159999
Pihak polis juga ingin mengingatkan sesiapa yang mengenali suspek agar tidak sesekali melindungi beliau, kerana perbuatan ini merupakan suatu kesalahan di bawah sek. 216 Kanun Keseksaan, suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara ¼ tahun daripada hukuman berhubung pertuduhan kerana merompak serta boleh juga didenda.
Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.
Saturday, April 7, 2012
Friday, April 6, 2012
Thursday, April 5, 2012
Awas Gelatin Babi Dalam Coklat

Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat. Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian. Jadi berhati-hati apabila anda ternampak tanda ini di produk makanan kegemaran anda.
Labels:
Gelatin babi dalam makanan
Monday, April 2, 2012
Safee Sali jaring 4 gol (Pelita Jaya vs Gresik United)
Gol- gol Safee Sali sewaktu membantu Pelita Jaya menewaskan Gresik United 6-1 Pada 24 Mac 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)