Wednesday, February 23, 2011

Jangan Terpedaya Emel / Web Kerja Kosong Palsu TNB


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh emel dan laman web palsu mengenai pengambilan pekerja, yang dikatakan dicipta penjenayah siber untuk tujuan mencuri maklumat peribadi dan sulit mereka.

Dalam nasihat tersebut TNB meminta orang ramai supaya mengabaikan dua emel berkenaan iaitu recruit@tnb-my.com dan hrd@tnb-my.com yang menawarkan peluang pekerjaan dalam TNB.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mengklik laman pemancing data http://www.tenaganasionalenergy-my.com/ yang mirip laman web sebenar TNB http://www.tnb.com.my

SPR (Sudut Pandang Rimau) : Macam2 hal sekarang nie...

1 comment:

Kak Imun said...

Salam, rimausakti. Info yg sangat bagus, mungkin dah ramai yg terpedaya ni, kena hati2 la....

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP