Monday, April 4, 2011

Sepakan Gunting Safee Sali Untuk Gol Ke-4 Peribadinya

Jaringan cantik Safee Sali bagi Gol Pertama dengan sepakan gunting

Safee Sali sekali lagi membuktikan dia bukan calang-calang penyerang yang dimiliki Malaysia buat masakini. Masakan tidak dengan jumlah 4 gol daripada 5 perlawanan membuktikan beliau adalah senjata paling ampuh yang dimiliki Malaysia dan kini pasukan Pelita Jaya FC.

Jaringan cantik beliau ala Rooney sewaktu Pelita Jaya FC menumbangkan Persijap Jepara dengan 2-0 kini dinobat antara jaringan tercantik di Liga Super Indonesia. Pelita Jaya FC yang kini mendaki tangga ke-14 di ISL (Indonesia Super League) dengan 19 mata ketinggalan 1 mata di belakang Persijap Jepara dan kurang satu perlawanan dari Persijap Jepara.

Kedudukan terkini Liga Super Indonesia


SPR (Sudut Pandang Rimau) : Selamat Maju Jaya Safee Sali..Teruskan aksi terbaikmu...

1 comment:

Unknown said...

pergh...
dh pueh lipa kain kt malaysia..
skang lipat gunting lak..
cayaler safie.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP