Friday, June 24, 2011

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Zon Asia 23 JUN 2011


Malaysia sekali lagi mencipta sejarah untuk menempah tempat ke kelompok 12 pasukan terbaik Asia apabila semalam skuad Olimpik negara berjaya membenam ego pasukan Lubnan 2-1 untuk melangkah bergaya ke pusingan ketiga iaitu pusingan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan yang juga pusingan akhir peringkat Zon Asia.

Kejayaan bermakna ini hasil kerja kuat jurulatih dan semua pemain yang bermain sebagai satu unit untuk mempertahankan kubu dari dibolosi biarpun bermain dengan 10 pemain apabila Gary Steven Robbat di buang padang pada awal babak kedua perlawanan.

Apapun kemenagan ini akan sekaligus menyuntik semangat pasukan senior kebangsaan yang dijadualkan akan bertembung dengan pasukan Taiwan pada satu lagi siri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 29 Jun nanti.

Rimau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan negara kerana sekali lagi mengangkat nama negara sebaris dengan nama-nama besar bola sepak Asia dan kini antara 12 pasukan terbaik asia. Tahniah diucapkan...Teruskan usaha dan tingkatkan lagi prestasi permaian kerana lawan selepas ini adalah gergasi Asia..

SPR : Lain-lain pasukan yang layak ke pusingan ketiga, Korea Selatan, Jepun, Australia, UAE, Arab Saudi, Oman, Qatar, Uzbekistan, Syria, Bahrain, Iraq dan Malaysia selaku wakil tunggal Asia Tenggara.

3 comments:

MallisaSaila said...

semalam xsempat tgk..tapi pasukan malaysia dah hebat dah..bangge wei..:)

akuvision said...

WOHHOOOOO...MESIA MACHO WO!

Ruang Informasi said...

Selamat buat yang menang, jangan berkecil hati bagi yang kalah. Kunjungan balik dari Indonesia.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP