Monday, October 28, 2013

Pembunuh Pegawai Bank Ambank Guna IC Palsu?


Dipetik dari Akhbar Sinar Harian :
Nombor kad pengenalan pengawal keselamatan yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Rabu lalu, disahkan tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya membuat semakan apabila siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.
“Kita (JPN) sudah semak dari segi rekod, nombor kad pengenalan itu tidak wujud dalam sistem JPN. Kes ini dalam siasatan polis, jadi kita tunggu hasil siasatan,” katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Khas dan Dialog Bersama Ketua Pengarah JPN Mengenai Pengenalan Diri sempena Program Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tanah Merah, di sini, semalam.
Bagaimanapun, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah masih belum diketahui. -Sinar Harian-


Rupa-rupanya penjenayah ini mempunyai keluarga dan anak isteri. Tapi kenapakah dia pergi bunuh isteri orang tanpa belas kasihan.? Cuba bayangkan kalau bini dia mati kena tembak. Tak ke anak-anak dia kehilangan seorang ibu?
Apa pun yang pasti IC memang PALSU kalau ikut statement rasmi dari PDRM dan JPN. Persoalannya pasal apa dia masih gagal dikesan sampai sekarang?
Ikut facebook dia, cerita-cerita pasal dia sudah nak balik kampung. FB bini dia pun sama. Kemaruk nak balik kampung. Agaknya dah sampai ke kampung ke apa? Lue fikirlah sendiri.

1 comment:

syaafi sushi said...

risau lah zaman sekarang.. mana2 je ade kes bunuh .. hhmmm

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP