Tuesday, June 11, 2013

Keunikan Wang Kertas RM1 Yang Bernilai RM600



Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong. Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan. “Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin. Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.

13 comments:

Mia Liana said...

wahhh... siapa sangka kan...

Unknown said...

Laku la singgit pas ni :D

krole said...

wuah!!! untungnye dia ni,pasni nak cek r sume duit singgit kat dompet...mne tau ada yang unik hihihi

firohar said...

wang kertas yg tinggi nilainya walaupun luaran cma RM1 jer kan..

Hana said...

erm.. kadang2 terfikir betol ke tercetak. or ada pengguna lain yang cop ke apa ke.. hehehe mengarut je kan.. kalau hana dah lama hana jual duit tu.. ")

DILA ELLA said...

untung dapat duit kertas macam tu..:)

Aida Ismail said...

Haa? Apa maksud nak guna untuk tujuan perubatan tu? Huhu. Untung la jual rm1 dapat rm600. Pasni kena check duit kertas dalam purse kot2 ada yang macam ni.

Unknown said...

wah hebat gak duit seringgit nie...lepas nie...mesti ada yang mencari kan...hihi :)

raider150 said...

jual jer tuan.......rm 600 tu kalau hilang saja jer.....

fazaira said...

hahahaha.. terus buka wallet dan porch bag aku cek duit sengget.. hahaha....

Long Cham said...

yg offer tu sure nak buat kerja xsenonoh tu
www.kucinghitam.net

Emma mambo gets said...

tu le..duit alam bunian ..memang dah rezeki awakkkkkkk

eppy said...

sy ada satu rm1 ade cop bnm.. btl ke cetakan first or last

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP