Monday, September 13, 2010

Kes Kehilangan Datuk Sosilawati

Suspek Kes Kejam Culik, Bunuh, Bakar, Buang.


KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.


SPG : Kes dapat dikesan Polis sebab penjenayah lupa nak hapuskan bukti.

9 comments:

azhar said...

sepandai2 tupai melompat,kantooooi jugak.

ajdin said...

dunia..dunia..
pasti ada yang tersirat dan tersurat dlm kes ni...

akuvision said...

moga mereka yang bersalah dapat balasan yang setimpal!, tapi banyak betul kes tahun ni!

yahaya said...

duit punya hal..mcm2 jadi

Mr Noble said...

cepat jugak kantoi. cekap betul polis buat keje :D

Dark Half said...

mungkin pembunuh dah rasa hebat sgt sbb kes kehilangan beberapa ahli perniagaan sebelum ni pun dikaitkn dgn mereka

caliph shuriken said...

sila laksana hukum dgn segera.. x perlu simpan lama2...

m.i.a said...

sebenarnye dato tu pon bodo, na bunuh orang guna pekerja ladang mmgla snang detect.. orang kalo na bunuh gune pembunuh upahan laaaa..licik sket.
kesianla yg mati tu, sakitnya kene pukul sampai mati. Manusia dah hilang akal ke?

aSmiDar said...

kesinanya..
orang kaya..
tapi mati kubur tak tau kat mne..

Moga rohnya dicucuri rahmat..
Al-Fatihah..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP