Tuesday, July 19, 2011

Pakatan ikrar teruskan pertubuhan BERSIH



Pemimpin Pakatan Rakyat berikrar meneruskan momentum perhimpunan BERSIH 2.0 dengan mengambil inisiatif desakan pembaharuan sistem pilihan raya yang dituntut pertubuhan itu disebarkan kepada penduduk luar bandar.

Perkara itu antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat khas pemimpin Pakatan di Petaling Jaya hari ini bagi meninjau sokongan orang ramai menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan sebelum pertengahan 2013. Mesyuarat tiga hari itu, antra lain bertujuan mensinergi perhubungan media antara tiga gabungan parti berkenaan, PAS, PKR dan DAP.


Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur menuntut pembaharuan dalam sistem pengundian negara atas alasan pilihan raya sekarang tidak telus dan seringkali di manipulasikan. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh 62 NGO itu mendesak mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.

No comments:

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP