Thursday, February 21, 2013

Kenaikkan ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) Dan COLA (Elaun Sara Hidup) Kakitangan Kerajaan 2013



Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Dan Elaun Sara Hidup (COLA) – PM Dijangka Umum Sebelum PRU13 | Cuepacs diberitakan sudah menghantar tuntutannya kepada Ketua Setiausahana Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa berhubungan kenaikan elaun penjawat awam. Tuntutan itu akan dikaji oleh kerajaan dan jika diluluskan ianya dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Antara yang dipohon oleh Cuepacs kepada Kerajaan adalah :

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  • Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  • Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  • Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  • Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
Semua perkara yang dituntut oleh Cuepacs ini akan dikaji semula oleh Kerajaan dan ianya tidak semestinya akan diluluskan. Apapun harap ada sesuatu yang istemewa buat penjawat awam sebelum pilihanraya ke-13 nanti.

Kredit : Berita Semasa

2 comments:

careno said...

harap2 ada yg berjaya... :)

Sri Ayu said...

semoga berhasil dan mendapat faedah untuk rakyat.:-)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP