Tuesday, February 5, 2013

Semakan Status Permohonan BR1M 2.0


Baru-baru ini kerajaan telah mula memberikan BR1M 2.0 kepada pemohon-pemohon yang layak. Pemohon-pemohon BR1M 2.0 boleh membuat semakan status permohonan mereka dengan menghubungi talian hotline 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang pada hari bekerja untuk memeriksa status permohonan.

Ataupun menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Email akan dibalas secepat mungkin. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.
Setelah mendapatkan baucar berkenaan, bolehlah ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai. Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, anda perlu mengisi borang rayuan dengan segera dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my. Tempoh penyerahan borang BR1M 2.0 itu dilanjutkan sehingga 10 Februari 2013.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan sehingga 15 Mac 2012 mengikut jadual. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam sejahtera. mintak izin dr semua tuk post ttg bisnes online. modal RM30 ja. untuk mengetahui lebih lanjut, sila tgk blog ini http://onlinejobmalaysia.blogspot.com/.

ME CTCT said...

xleh check on9 ke.mmg kna antar email eh..hihi

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP