Tuesday, July 16, 2013

BATU NERAKA : BATU DARI BURUNG ABABIL BERNILAI RM12 JUTA


Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 Juta USD atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.





Bagaimana batu itu ditemui..? Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik. Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.



Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta) untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil. Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

P/S : Sejauh mana kebenaran..Hanya Maha Pencipta Sahaja Yang Maha Mengetahui..Wallahualam..

13 comments:

YuliaaargH™ said...

SubhanAllah. nice info, but wallahu 'alam kebenarannya hanya Allah yang tahu. nyaaaa~ :) :3

Unknown said...

bagusnya cerita nih..thanks

sha (chirp chirp) said...

betul ke ni?

BUDAK JINGGA said...

uihh, betul ek? menarik~ menarik~ subhanallah

http://jinggaorenorange.blogspot.com/

azman said...

simpan nak buat apa? takut jadi syirik le pulak..

||aLeaSaRa|| said...

yelah simpan takut syiriklah pulak,kan....

Qeela said...

Subhanallah, niceee :)

cik jari manis said...

Ya Allah Subhanallah....agungnya Allah....mcm x percaya lak...subhanallah...nice sharing..aumm! hehe

Unknown said...

kalau sohih cerita ni memang subhanallah!~

Unknown said...

betul ke tidak hanya Allah yang tahu...

kim said...

memang unik batu ni.subhanallah

Aida Ismail said...

Hanya Allah yang tahu kebenarannya. Jangan taksub sangat dengan batu tu dah la.

Scripters said...

Ermmm tak tahu apa nak kata

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP