Sunday, May 30, 2010
Pelawaan untuk menjadi Inspektor Polis
Kepada sesiapa yang berumur 18 - 28 tahun berminat untuk menyertai pasukan Polis Di Raja Malaysia dengan menjawat pangkat Inspektor Polis, berita ini dipanjangkan kepada semua yang berminat. Ianya dibuka bermula 23 Mei 2010 hingga 04 jun 2010. Borang-borang boleh didapati di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran dengan anda.
Gaji yang ditawarkan amatlah lumayan iaitu bermula dengan gaji P1T1 RM 2060.28 (tokok tambah lain-lain elaun gaji kasar dekat-dekat RM 3200.00). Kelayakan minima adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari mana-mana institusi-institusi pengajian awam atau swasta yang diiktiraf oleh JPA. Kepada yang mempunyai kelayakan lebih tinggi juga dipelawa memohon.
Had ketinggian minima 163 cm bagi calon lelaki dan 157 cm bagi calon perempuan.Borang-borang yang telah diisi hendaklah dihantarkan segera selewat-lewatnya sampai dibahagian pengambilan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum atau pada 04 Jun 2010. Alamatkan borang anda ke alamat :
KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
50560 W.P KUALA LUMPUR.
TELEFON : 03-22668345.
p/s : Cepat-cepat..kekosongan terhad..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
erm cambest je ni, promote2
ada minat ka?
ko kena buat post pasal no phone tu jedai, aku sokong blog ko ni, berasaskan kepolisan. cam duta polis dalam kalangan blogger. kat mainpage ni ko setting 2 atau 3 post jedai, kalau tak panjang berjela ni
p/s:- aku ada sent sesuatu kat email ko!!!
ayah saya pun polis, tp dia kerja kat Kontinjen Kuala Lumpur.. Tuan Khairi Ahrasa..rindu pulak kat abah..aiseh!
memang ramai..kekuatan Polis Di-Raja Malaysia Kini dianggarkan sekitar 103,000 orang seluruh Malaysia..Namun ratio per rakyat 1 org polis kena jaga 1000 org awam Malaysia. Moga Warga Polis kita terus cekal hadapi dugaan dan halangan..
jedaiiii....jedaiiii....
Post a Comment