Wednesday, September 15, 2010

Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati : Ada Puak Cuba Politikan Isu Ini.

Jangan Dipolitikkan...Bahaya - Polis


Ternyata isu pembunuhan kejam Datuk Sosilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan membangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...

1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..

2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...

Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..

Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...

1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..

2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..

3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...

4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..

Kemudian, kita lihat pula 2 laporan berita dibawah..

"Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor"...- MyMetro

"Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India".....Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu...- MalaysianInsider

Berdasarkan dua laporan berita di atas, kita dapat lihat bahawa suspek masih dibiarkan bebas walaupun pelbagai tuduhan/aduan dihadapakan kpd suspek sejak tahun lepas..selain aduan dlm kes jenayah 'kemanusiaan' (tahun 2009), beliau turut disabitkan kesalahan jenayah di dalam urusan guaman yang direkodkan pada tahun 2007..boleh baca di sini..

Oleh itu, adalah mustahil Murugiah, atau lain2 pemimpin MIC/BN tidak mengetahui langsung perihal ini (rekod jenayah suspek) sebelum atau ketika membuat pertemuan dgn suspek kes pembunuhan ini..

Oleh yang demikian, sebelum jadi lebih parah, jangan ada pihak yang cuba bangkitan isu ini bersangkut dengan politik kerana simpatilah dengan semua mereka yang telah pergi. Sedekahkan Al-Fatihah lagi bermakna buat mereka.


SPG : Jangan politikan isu ini kerana ia akan membangkitkan api perkauman.

11 comments:

mrnoble said...

ok. al-fatehah

datin kelly ketak said...

biasalah, ada celah sikit mesti suma nak kaitkan dengan politik....itu namanya politik kotor...

hmmm...manusia zaman sekarang mmg x reti nak menghargai nyawa org lain...kejam sungguh

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

sangat setuju dengan pendapat tuan

Che Armster said...

rimas dengan trend mem-politik-kan isu kat negara ni. Sikit-sikit nak politik.. taksub gila, bukan politik tu boleh bawak masuk kubur pon

Unknown said...

hmm... sian sosilawati ni.. adoi.. mcm2 manusia skrg ni kerana duit pnya pasal!

Taska Ummi said...

manusia sanggup buat apa sahaja kerana harta..al-Fatihah buat mereka yg telah pergi...

chanz said...

macam tu punya hujah pun leh pakai ka?? punya la dangkal puak2 BN ni..huhu. yep doakan lah mereka, mangsa kekejaman.

amalina idris said...

um sorie bagi budak yg berumor 16 tahun ni =.=' politik ni childish .. tapi bukan nak ckp la,, skrg ni kan sye dah start tak suke hindu la.. umm umm .. politik ni lak gaduh sane sini yang seronokk nye orang luar (cine + india) huh ! amende tah ...

alfatihah untuk datuk sosilawati .. amin ..

touya said...

memula masing-masing mahu gunakannya untuk kesempatan berpolitik .. kemudian akan melibatkan perkauman . Kemudian masing-masing jerit "1 Malaysia"

Unknown said...

"Stupid person will act and talk like a stupid person. but still they act and talk like they're always the right one"

That's it. "1 Malaysia" la konon... xleh pkai la. negara lain xde pun pkai "1" ni bersatu jgak dorg. ape nk jd ntah dgn Malaysia ni.
ape2 pun, al-fatihah kpd mereka.

Dony said...

Politik itu panas, kejam dan bikin pusing :D

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP