Monday, November 29, 2010

Pameran MINI MAHA 2010 : Sesak Dipenuhi Pengunjung

Berlangsung Dari 26 Nov - 05 Dis 2010


Apa Itu Pameran MAHA? Pameran MAHA Antarabangsa 2010 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010.

Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri.

Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Ribuan Pengunjung Pameran MAHA 2010
yang Berlangsung Di Serdang

Sehingga semalam (28 Nov 2010) penganjuran pameran pertanian itu, bilangan pengunjung yang mengunjungi MAHA 2010 sudah mencecah 698,000 orang. Ini mendekatkan sasaran awal FAMA yang meletakkan target penjung seramai 1.5 juta pada penganjuran kali ini.

Kepada semua rakan-rakan yang berminat jom kita ramai-ramai pakat ke tapak lokasi pameran tersebut yang diadakan di tapak Malaysia Argo Exposition Park, Serdang (MAEPS)(Berhampiran UPM Serdang). Untuk keterangan lanjut sila ke laman web Rasmi MAHA2010.


SPG : pergh!! Semalam jam gile nak ke sana. berduyun-duyun orang datang..rugi tak datang sana..huhuhuh

25 comments:

Pendekar Berkuda said...

ramai betul orang ya...sementelahan hari minggu kan?? ambillah kesempatan...

S..U..D..@..I..S said...

kalau dekat dah tentu aku serbu...hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

wow...nak juga pegi tapi jauh
ader ke course nak bela burung layang2 kat situ?

zaMir said...

saya pun ade post entry pasal MAHA...j0m jenguk jap....

http://ninenov91.blogspot.com/2010/11/sekitar-maha-2010.html

daisy said...

eh,ngko jumpa ke makcik yang goreng pisang celup tangan dlm minyak panas tu?ahaha..

misSbLurRy said...

waaaa.....
nak keje sni...xderk rezeki
sob sob

Fatihah said...

salam kenal.

membalas kunjungan anda..
dah pegi maha hari sabtu lepas, memang best!!!
x)

kerangRebus said...

hm...da plan nak g wkend ni!g lambat2..hop ade lelong2..hahahak :)ghedequt i ni.. :p

one2paii said...

kalo lu datang jgn lupa cari gua kat sane erk..kadang2 gua bertugas kat sane..kawal lalu lintas kek sano ye jang

hans said...

ada tengok tak orang goreng pisang pakai tangan jer masuk dalam kuali yg ada minyak panas?
diorang kata ada dekat MAHA

P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

h.a.n.i.S.a.h.i.S.m.a.i.l said...

papa i pon terlibat..tp xtau booth mana.:P

suzie rahman said...

adeh nk pg tp xberkesmpatan lk

alinac lover said...

olo..jauh nak p..teringin T__T

Idalara said...

dah pegi tp tk puas sbb dpt singgah tak banyak gerai..memeng teruja betul

Far8 budak baik said...

sumpah jelessss aku nak pergi sini..
tapi tak dpt..tgk dlm tb je..huh

Rafina Mimi said...

tak berkesempatan nak pegi pun..huhu..best sgt ke?

amira said...

huish.. klu mak ayah aku mesti excited nak gi nih!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam tuan rumah. Tak larat ler nak berjalan kat MAHA tue, maklum ler lutut dah tak kuat lagi. Nengok dlm Website jer leeee

Faizal-Aviate said...

membe aku ckp sampi takle nk jalan hahahaha....aku minat gak benda pertanian ni, anak tani heh.

Shahazrin said...

dah dua kali pergi..terbaru petang semalam, gambar tak upload lagi..heheheh. sempat gak beli anak orkid

LyNn HaMzAh said...

MAHA 2010 memang best...dah pergi dah pada hari pertama pembukaan...

zackmohd said...

dah pegi jugak sunday last week..org ramai giler...mmg bagus untuk mereka2 yg ada plan buat bisness..mmg meriah...rugi tak pergi...tapi nasihat penting..kalau nak pergi hari ahad..make sure kul 9 dah tercangak kat sana..kalau tak paking kat tepi hiway dan jalan berbatu2 lah jawabnya....

teratai said...

salam, wow dpt sambutan sangat2 hangat!

Nanie said...

yang duduk dekat ni huh pon nak sampai sana macam nak balik kampung jew...memang sesak...ish..ish..ish..

Izyan Nadiah said...

ola..best..hr tue yan bwu je shopping bunga untuk ibu :D

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP