Thursday, December 2, 2010

Samuel T Cohen : Perginya Pencipta Bom Neutron

Samuel T Cohen

Los Angeles melaporkan pencipta bom neutron tersohor pada era sekitar tahun 1958 Samuel T Cohen meninggal dunia akibat barah perut pada umur beliau 89 tahun. Beliau yang terkenal sejurus mencipta rangkaian bom neutron iaitu sejenis senjata nuklear taktikal yang membunuh manusia tetapi menyebabkan hanya sedikit kerosakan pada harta benda.

Cohen menyokong bom neutron sebagai pilihan lebih baik dari segi moral kepada senjata nuklear lain. Bom neutron menggunakan partikel halus yang boleh menembusi objek dengan kerosakan kecil tetapi membunuh manusia.

Imej Ledakan Bom Neutron

Amerika Syarikat membangunkan senjata itu pada 1980-an dan beberapa negara lain dipercayai turut memilikinya tetapi bom neutron tidak begitu diterima. Cohen yang berasal dari New York mempelajari fizik di Institut Teknologi Massachusetts dan membantu membina bom atom yang digugurkan di Nagasaki, Jepun.

SPG : Hebat fizik dia nie..

11 comments:

one2paii said...

hebat jugak mamat nie kan..ilmu tinggi nie

.::: Princess MOMOY :::. said...

perghhh...
dasyat2...ilmu untuk berperang

Far8 budak baik said...

bom neutron ngan bom neuklear lain eh??
haha..dasyat dasyat haha

LadyBird said...

wa.. best ni.. bom neutron.. kalau try buat bom elektron pasti lagi kuat kan?

paskal_garuda said...

mungkin jugak tu..leh try cik ladyBird...pastu kamu jadi terkenal lah macam Samuel T Cohen ni...nice2..

Myra Ayreen said...

kalau lah sayep seBIJAK ini . perghh !

mR Gee.!! said...

nice info...

tapi moraL.. kebijakkan fizik yang disaLah guna oleh (yahudi)kuasa baraT..

HaNTwO said...

kalo aku ade bom ni bagus gak...leh bom pengganas2 kat dunia ni..

KM7 said...

jom tukar link..KM7 dah masukkan link blog garuda dlm bloglist 3 blog KM7.Terima kasih.

Princess Redha F said...

pastu dia mati kena barah sebab makan bom dia buat sendiri kot..

lynn angel said...

oowwh..bru sy kenal the bomb maker.. selama ni xtau pun.. ish3.. ignorance betul sy ni.. :)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP