Tuesday, December 21, 2010

Rasuah : Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Dipenjara 56 Tahun

Yusof, Bekas Timbalan Pengarah I Imigresesn


Hari ini Garuda terbaca di dada akhbar tentang hukuman penjara 56 tahun yang dijatuhkan ke atas Bekas Timbalan Pengarah I Jabatan Imigresen Malaysia, Yusof Abu Bakar atas 14 tuduhan rasuah membabitkan RM121,500, dua tahun lalu.

Selain hukuman penjara, beliau juga dikenakan hukuman denda RM620,000 di mana hakim Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh dia didapati bersalah pada 16 November lalu.

Beliau dituduh menerima rasuah antara RM500 hingga RM18,500 daripada pengurus jualan bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warga China, dua tahun lalu. Yusof dituduh melakukan semua kesalahan itu di pejabatnya di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara paling rendah di antara dua tahun dan denda RM10,000, serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap tuduhan.


SPG : Katakan tidak kepada rasuah...Sumber Berita Harian.

8 comments:

Shino said...

coclusion: jgn la bg rasuah n jgn la trima rasuah...negara kte ade undg2...ikut praturan n undg2 sdia ada...kn2...hehe...

shinoxyuna

S..U..D..@..I..S said...

tertangkap terhukum terpuaskah?

misza said...

nak untung, terus tak dapat apa²...

Sri Ayu said...

taknak rasuah...taknak rasuah...

hans said...

56 tahun?
mati dalam penjara la gamaknya

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

Seri Bahasa said...

betapa ruginya hilang semua apa yang sepatutnya diperolehi setelah pencen.

inilah akibat sikap manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada.

akuvision said...

jauhilah rasuah

shazmonaz said...

sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP