Wednesday, December 29, 2010

FINAL KE-2 PIALA AFF SUZUKI : Garuda VS Harimau Malaya

Bekalan Selesa Skuad Harimau Malaya Ke Jakarta


Malam ini bakal terukirnya juara baru Piala Suzuki AFF 2010 di mana pertembungan menyaksikan dua buah pasukan terbaik rantau Asia Tenggara dikala ini iaitu Malaysia menentang Indonesia dalam pertemuan panas dengan kelebihan lebih terarah kepada pasukan Harimau Malaya setelah menyakar ego sang garuda dipentas akhir pertama Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bekalan selesa 3 gol tanpa balas.

Dengan reputasi gah Sang Garuda di stadium keramat mereka itu yang pernah meratah Harimau Malaya 5-1 pada saingan peringkat kumpulan pasti mengundang sikap waspada dibenak mental pemain-pemain Malaysia malam ini. Lautan penyokong fanatik Timnas Indonesia pasti memenuhi setiap pelusuk penjuru stadium malam ini yang pastinya tidak mahu melihat pasukan kesayangan mereka tumbang dihadapan mata mereka. Dengan penyokong Garuda yang dianggara akan membanjiri stadium sekitar lebih 83,000 orang sudah tentu menjadi pemain ke-12 yang akan menyemarakkan api perjuangan pasukan mereka.

Namum begitu, jika dilihat kepada tekanan pasukan Harimau Malaya tampak lebih selesa dengan hanya seri pun sudah memadai untuk memeterai nama selaku juara pada edisi kali ini. Pengalaman beraksi di 3 stadium luar sebelum ini iaitu di Jakarta, Palembang dan Hanoi pasti menjadi kelebihan buat anak didik K. Rajagobal yang tampak hadir pada edisi kali ini dengan dahaga kemenangan.

Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar skuad Harimau Malaya terus mengaum di Kota Jakarta sekaligus menyepikan lauatan sorakan penyokong Sang Garuda. Ayuh anak-anak muda Harimau Malaya, Teruskan prestasi unggul kalian..kami amat berbangga dengan persembahan anda...Malaysia Boleh!!!!

Barisan Kemungkinan Skuad Harimau Malaya Malam Ini :
1. Penjaga Gol Kebal Malaysia : Khairul Fahmi Che Mat.
2. Bek Kiri Kubu Berlian Malaysia : Mohd Asraruddin Putra Omar.

3. Bek Tengah Kereta Kebal Malaysia : Mohd Fadhli Shas.

4. Bek Tengah Perisai Sakti Malaysia : Mohd Muslim Ahmad.

5. Bek Kanan Seladang Malaysia : Mohd Sabre Mat Abu.

6. Tengah Bertahan Tembok Malaysia : Amar Rohidan.

7. Tengah Menyerang Cakaran Berbisa Malaysia : Mohd Syafiq Rahim (Captain)

8. Sayap Kanan Harimau Terbang : S Kunalan.

9. Sayap Kiri Sambaran Helang : Mohd Ashaari Samsuddin.

10.Penyerang Gempuran Harimau Benggal : Norshahrul Idlan Talaha.

11.Penyerang Pemusnah Ngauman Harimau Malaya : Mohd Safee Sali.



10 comments:

platipus said...

dgn adenya khairul fahmi yg kacak tu..insyAllah menang!

-[miracle]- said...

yeahh! all the best utk M'sia :D

nub said...

kemon malaysia!!!!!

misyamissyou said...

semoga berjaya malaysia! :D

LAUT CHINA SELATAN said...

jom g datarn mlm ni! kita maen maen laser! hahahaha.

MALAYSIA BOLEH la!

ecah said...

boleh x main laser mintak tlg pd encik satelite..hehhee..gudluck malaysia..kasi ganyang si garuda..harimau membaham..

suSuEmIMiE said...

Sama-sama kita berdoa malaysia berjaya...aminn...

Sri Ayu said...

Malaysia jadi juara piala AFF suzuki...cayalah!!!

ezzenurfarhani@blogspot.com said...

great job,MALAYSIA!!
finally, ,dpt gk suzuki cup. .
congrats Khairul Fahmi Che Mat!
penalti failed ats ushe beliau. . ahaks!

ღ TeRU²bOzUღ said...

Congrats Malaysia!

go go go #HarimauMalaya! Aummm Aummm =)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP