Wednesday, January 12, 2011

Pesawat Air Asia Terbabas Di Kuching

Pesawat Air Asia Yang Dimaksudkan

Sedang kita dikejutkan dengan beberapa siri kemalangan yang melibatkan Bas sekitar hujung tahun 2010 yang lalu, kita sekali lagi dikejutkan dengan insiden kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam tetapi kali ini melibatkan kapal terbang.

Memang jarang-jarang kemalangan melibatkan kapal terbang berlaku di Malaysia ini, namun kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Kuching Sarawak ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun para pengguna pengangkutan awam terutamanya kapal terbang.

Namun mengikut penerangan pihak berkuasa lapangan terbang tersebut, kemalangan tersebut adalah disebabkan keadaan landasan pendaratan pada masa itu licin dan hujan yang turun mengakibatkan tanah dilandasan tersebut menjadi lembut.

Berdasarkan penerangan tersebut dapat disimpulkan bahawa bukan masalah mekanikal kapal terbang yang menjadi penyebab punca kapal terbang tersebut kemalangan tetapi keadaan landasan kapal terbang yang terdedah kepada cuaca hujan yang tidak menentu di Sarawak.

Pada kejadian tersebut tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan cuma ianya telah mengakibatkan tidak kurang dari 10 jadual penerbangan dalam dan luar negara terpaksa ditunda gara-gara kerja-kerja mengalih dan memastikan keadaan landasan selamat untuk digunakan.


SPR : Bahaya jugak naik kapal terbang musim2 hujan ni...huhuhuh

12 comments:

nohfee said...

mana2 pon bahaya sekarang ni. adui~

khairunnisa ♥ said...

di Kuching time ni.. ye, memang hujan lebat dua tiga hari ni non-stop.. alhamdulillah semua selamat ;) mesti penumpang dalam tu nervous giler! >,<

MingMing said...

waa... hometown ku.. gerun lah nak balik skang...

suSuEmIMie said...

alamak...29 ni nk terbang..risau la plak...huhuhuu..hrp2 semuanya ok..aminnn..

s.y.a.r.q said...

kalau nasib malang tu kat mane2 pon boleh jadi.ape2 pon kene berdoa sentiase berada dlm keadaan yg selamat

Wan Gerrard said...

menakutkan huhu

xcyber said...

kalau dah ajal x kemana kan?
hehe.. Takdir samua tuh

ASaDa RyutaRo said...

kalau naik kapal terbang, time mendarat tu lah yang paling berdebar. lagilah kalau naik air asia, gegaran masa mendarat mmg terasa sangat..

Mat Pintu said...

tp still, pengangkutan yg paling slamat dlm dunia ialah kapatulubang ni...yeah







rockcintan.blogspot.com

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...lamanyer rimau x update blog


Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?

yahaya said...

kalau selalu jadi takut juga

zmah said...

Jarang-jarang perkara begini berlaku.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP