Wednesday, November 16, 2011

Comolot : Nabila Huda Mohon Maaf


Penyebaran gambar cium mulut Nabila di internet yang mendapat banyak perhatian sudah pun meninggalkan coretan di dinding. Isu itu menjadi perhatian memandangkan Nabila baru sahaja bercerai. Ayahnya, Amy Search juga sangat malu dengan perbuatan Nabila. Malah Amy sebelum ini telah menegur anaknya itu agar berhati-hati.

Nabila yang dihubungi portal Gua baru-baru ni menyatakan maafnya kepada semua fan. Dia begitu kesal dan berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi. Semoga menjadi pengajaran buat diri Nabila dan juga anda di luar sana.

“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi. “Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu. “Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. -Gua

Aksi bercium mulut Nabila dengan seorang lelaki Melayu dikatakan berlaku di Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang ketika mereka melakukan aktiviti diving di sana. Bukan setakat bercium mulut, malah mereka juga menyambut Halloween dengan memakai tanduk syaitan.

13 comments:

♥Aien Najwa♥ said...

Herrmmmm..biase la tu..dunie artis kaaaaaannnn..ex-hubby pown xkan respect beliau dah...semoge kembali ke pangkal jalan....

sengat said...
This comment has been removed by the author.
sengat said...

siapa perlu dipersalahkan

Cik tikah said...

macam macam la kat dunia. nak kiamat dh kan

orang muo said...

tabur pasir?..nabila!!! awak yg tabur pasir dlm periuk sendiri

Mekar said...

jadi public figure kena pandai2 bawa diri

from : mymekar.com

EmpayarUtama said...

Kalau x comolot bukan retis namanya hehehe

c'axoera said...

eyh dah cerai ek minah ni....

khairul said...

masa buat x menyesal .

Yatt S. said...

sepatutnya bukan minta maaf dan menyesal pasal penyebaran gambar tu, tapi minta maaf dan menyesal sebab buat kelakuan macam tu. habis tu kalau gambar tu tak tersebar, aksi comolot tu boleh buat lagi la?

apek poyo said...

ekelehhh..dah dasar artis mmg tak bole berumah tangga..
mano buleh jadi isteri solehah..
dah biaso bebas
bukan sekali buat salah..sblm ni pun dah kono tangkap basah..
maaf lah byk kali pun..sok buat lagi

milo said...

ish ish ishhhhh..sume belagak nak jadi omputeh dahhh..manusia manusia..

Rayto dan Rai-chan said...

ya ampun,, itu putrinya Amy :O

saya sangat mengidolakan Amy search. Sayang sekali putrinya tidak bisa menjaga mahruah ayahnya.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP