Thursday, January 12, 2012

Khairul Fahmi ‘Apex’ Dipilih Penjaga Gol Terbaik Asia!

Mereka yang ‘gila bola’ khususnya yang gemar melayari internet untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai sukan tersebut di seluruh dunia, pasti pernah melayari laman web www.goal.com. Ia sebuah portal komprehensif yang mengumpul berita mengenai bolasepak dari benua Amerika hinggalah ke benua Asia.

Baru-baru ini satu undian telah dijalankan oleh portal tersebut bagi mencari siapakah yang dianggap oleh peminat bola sepak sebagai penjaga gol terbaik Asia. Apa yang membanggakan, penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mendapat tempat pertama dalam undian tersebut.

Sebelum ini, laman web itu meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23. Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%. Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).

Sudut Pandang Rimau : Tahniah Apex dan Safee Sali..Anda telah mengharumkan nama negara dimata dunia..

6 comments:

TiraPengemis said...

ex saya...huahuahua

Milo said...

Tahniah Malaysia (2 org wakil terbaik Asia)

Anak Ulu Cheka said...

tahnia Apex dan safie sali :)

Razifredz said...

safee mmg terbaik, apex kene kurangkan kontrovesi lg nnt takut prestasi drop ...

naiemah_ramli said...

tahniah apex.. =)

Zamani84 said...

singgah sini :)

& done follow ;)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP