Thursday, July 29, 2010

Skim cepat kaya tipu anak muda tumpas

Antara Kereta Mewah Yang Ditahan


Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu.

Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

Sindiket itu yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, dipercayai mempunyai lebih 10,000 ahli membabitkan pelaburan berjuta ringgit sebulan.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata sindiket itu menjadikan orang muda yang baru bekerja sebagai sasaran kerana golongan itu mempunyai keinginan tinggi terhadap kereta mewah.

Mereka juga mudah dipengaruhi supaya membuat pinjaman bagi melabur dalam skim itu, katanya ketika dihubungi, semalam.

Rohaimi berkata, polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan "Operasi Serama" yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor selepas membuat risikan sejak tiga bulan lalu hasil aduan orang ramai.

Dalam serbuan itu, 100 upline skim itu berusia antara 20 hingga 30-an yang mengadakan pertemuan di empat restoran di Mentari Court, ditahan dan daripada jumlah itu 50 lelaki dan sembilan wanita direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 downline bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.

Sindiket itu yang mempunyai tiga kumpulan - One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club, juga berjanji membantu ahli mencari downline serta menguruskan pinjaman peribadi bagi membayar wang pelaburan.

Rohaimi berkata, kebanyakan mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima hasil pelaburan yang
yang dijanjikan.

Ada mangsa hanya mendapat kira-kira RM3,000 daripada RM41,000 pelaburan yang dibuat untuk bulan pertama, manakala bulan berikutnya mereka tidak mendapat sebarang pulangan.

Sindiket itu akan memberi pelbagai alasan kepada mangsa termasuk mendakwa mereka gagal mencari downline bagi memenuhi kuota diperlukan, katanya.

Setakat ini, dua laporan polis dibuat berhubung kes itu, manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima 30 laporan.

Sementara itu, seorang mangsa yang enggan dikenali, mendakwa mengalami kerugian sejumlah RM50,000 selepas membuat pinjaman peribadi bagi melabur dalam skim itu.

Disebabkan ingin cepat kaya, saya tidak menghiraukan nasihat keluarga dan rakan-rakan, malah saya menganggap mereka berdengki dengan saya. Tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat itu, saya terus melabur.

Pada bulan pertama, saya mendapat RM3,000. Memang seronok mendapat imbuhan itu, tetapi kegembiraan itu tidak kekal apabila imbuhan yang dijanjikan tidak dimasukkan dalam akaun saya pada bulan berikutnya.

Saya cuba menghubungi upline skim itu tetapi 1001 alasan diberikan dan selepas beberapa minggu, upline terbabit gagal dihubungi, katanya.

SPG : So, hati-hati dalam memilih perniagaan...jangan tamak sangat...

23 comments:

sangtukangkata said...

nak berniaga networking kena la ada lesen sah, ada tak jutawan dilahirkan, produk diniagakan tu ada sijil halal ke tak, dah berapa anugerah dapat... bukan main torbu jer.. geng2 fren club ni geng2 takbur sbb penah jumpa org2 dia. ui cakap belagak giler.. aa fadan nan muka...

akuvision said...

pagi2 lagi aku dikejutkan dengan berita ni jedai, kena pandai pilih perniagaan la kan

::cOnTerA CREW:: said...

da penah g event derang..da 3 event..alhamdulillah tak terjebak..semue mmg belagak..nak show off lebih..

H Y D E said...

geng2 mana nih...leh bgtaw?

akuvision said...

nak kata diorang berlagak pun bukan semua perangai camtu, ada yang ok cuma diorang naif

paskal_garuda said...

Diorang nie sumue taksub dengan duit sampai lupa segala-galanye...hidup pun x bermasyarakat dek kerana jadi hamba duit...

caliph shuriken said...

geng biz modal rm2k ni x knal ar..
better biz e-store mcm sy.. jual buku on9 lg senang hati ^^

akuvision said...

erm... ye la rasanya. penuh la bukit aman semalam bro?

paskal_garuda said...

Semua sekali ade 56 orang. masih dalam siasatan. ade di lokap bukit aman di bukit jalil. cina la ramai...20++ biji kereta mewah.ade yang baru beli tak sampai seminggu..

akuvision said...

prospek pun kena gak ke?, itu duke semua kena angkut la

mankete said...

apa skim dorang ni garuda..

kalau boleh bg tahu, takde la org lain terjebak sama..

berhati2 pada sesiapa saja..jgn gelap mata sbb nak kaya punya pasal ..

zanna said...

Dorang ni mmg penipu pun masa saya sendiri dngr penerangan yg diberi mmg byk yg nmpk mencurigakan, sy mintak sijil pendaftaran(x de),then tanya produk apa yg dijual smpi boleh bg pakai kereta mewah(katanya jual perfume dan minuman kesihatan)..kalau korang fikir secara logik 2 benda tu je jual boleh jd kaya...then dorang kt kalau nk cepat dpt income kena cari downline...huh!! lagi la mengarut...sebnrnya cara dorang promote tu yg buat org lg berminat, korang nk tau x dgn cara apa..dorang akn panggil geng dorang dlm 10 orng pastu sorng terangkan yg lain akn sahut "betul tu" tu saja dr mulu dorang..konon mcm nk tarik org suruh masuk la..sori 2 say 4 me~~huhu..dorang seboleh2 nk suruh saya masuk skim ni sampi nk tunjukkn kedai la,ofis berbincang la...then saya g la tgk ofis dorang mmg rami tgh terangkan skim tu utk cari d/line...dorang tunjuk la payslip,notis board yg dh kaya usia baru 21 thn cina...byk lagi la yg dorang terangkn..suruh saya buat loan sbb dorang tau saya keje gov...sy hanya senyum sinis jer..alhamdulillah la saya x tergugat pujuk rayu dorang suruh buat loan....tp suami pujuk gak suruh buat loan saya wat x tau jer...hish!! mengarut la....moral of the story...jgn termakan pujuk rayu sebelum setuju sesuatu fikir masak2 @ mintak dulu sijil pendaftaran syarikat dulu...so berhati2 la yer...:)

miszyita said...

sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juga...nampak salah sorg kat kompleks penjara hari tu dah ...mcm xpercya...muda dah x guna keta mewah..nk tarik org msk skim dia....ambik..nk sangat tipu org...Penjara bentong masih ada kosong ni...

paskal_garuda said...

good zanna...kita kena reallize dunia sekarang memerlukan kita kerja tulang 4 kerat tuk berjaya dalam kerjaya.bukan berjaya dengan jalan pintas macam nie..

paskal_garuda said...

ni geng One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club mankete..jual produk2 kesihatan dan barangan kecantikan...saya ade dengar dorg ade lesen cuma tahun lepas dah mati dan tak diluluskan oleh KPDNKK untuk disambungkan.Manekan tidak jual barang harga RM50 dengan harga melambung RM1000.00.

akuvision said...

one team, macam ku kenal tapi di mana ya?

azremy said...

daripada aku masuk skim cepat kaya,,baik aku bli nombor ekor,cash dan tarak tipunye

paskal_garuda said...

lagi cepat kaya kan remy...huhuhuh..

akuvision said...

hahaha, no ekor tu, apsal tak main tikam2 kopok je. Cepat kaya cepat la abisnya

ms.GrEEn said...

hm..ckp pasal skim nih..mmber aku baru je blagak ngn WJD8282 honda leh bukak2 bumbung tuh..now aku tgok pic kete tuh(sebelum nih berlamabak2) dalam fesbuk...dah xde dah..haik..kemanakah lesap..pic pon lesap ngn kete2 yg masuk lokap tu kah?? ahaha..mengarut lagi..sombong x tentu pasal..pakai tudung elok2 sbb dah kaya..style tudung kemain nmpk leher ala bienda konon..now senyap sudah..aik..kemana menghilang...tula..kawan hilang..duit hilang..hope life still ada:)

paskal_garuda said...

wah!!!betul2 panas cik hijau kita..(mr green)..sabar2...hehehe..

ms.GrEEn said...

hahaha...panas2 ayam je mr garuda oi..sbgai peringatan juge sume2 nih kan:P

tiKa_AkiTa said...

apa nama syarikat maketing nie

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP