Friday, August 13, 2010

Buang Bayi : Hukuman Bunuh Bagi Pesalah

Jangan Hukum Mereka Yang Tidak Bersalah Ini.


Menteri yang bertanggungjawab mengumumkan langkah-langkah mengatasi masalah buang bayi antaranya adalah menjatuhkan hukuman bunuh kepada pesalah buang bayi sekiranya didapati bersalah. Selepas ini kes sebegini akan diklasifikasi di bawah seksyen 302 @ 304 Kanun Keseksaan kerana Bunuh atau cubaan membunuh.

Ini ekoran daripada semakin banyaknya kes pembuangan bayi yang berlaku sepanjang 2 bulan kebelakangan ini di negara Malaysia yang bertamadun ini. Kaedah mengenalpasti pesalah yang membuang bayi dengan menggunakan spesimen DNA bagi menjejaki kedua ibu bapa si bayi malang tersebut bakal mengheret kedua-duanya ke tali gantung sebagai balasan berperangai kebinatangan.

Namun apa yang Garuda sedih, tidak sampai 24 jam pengumuman bekenaan, berlaku lagi kes 4 kes buang bayi yang berlaku di 4 tempat yang berlainan. Timbul tanda tanya adakah hukuman bunuh yang diumumkan tidak cukup untuk mendatangkan kegerunan kepada mereka yang mempunyai hobi membuang bayi ini? Pelik diorang nie. Apa nak jadi dengan generasi Malaysia abad ke-21 ni.

Moga Ramadahan yang mulia ini, sama-sama lah kita berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosa-dosa mereka dan kembalikan mereka ke pangkal jalan. Amin..



SPG : Apa hukuman yang boleh sedarkan mereka ni semua yek? Dan apa langkah yang sesuai bagi menangani masalah pembuangan bayi di kalangan remaja pada masa ni?

22 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

tp ade g yg buang dlm buletin sat td, 3kes, 1johor, 1kelantan, 1 g lupa...dorg ni x takot gaknyer...

Mr Noble said...

org zaman skang dah rosak. bayi pon sanggup dibuang.
kene buat curfew, pastu asingkan laki & pompuan bukan muhrim kot?
ker nak buat cam negara arab saudi?

Gen Fujita said...

saya pernah ulas pasal benda2 macam ni. buat lah apa pun, selagi penyakit asalnya tidak dibanteras, ia akan tetap berlaku. sila rujuk artikel di:
http://13pedang.blogspot.com/2010/06/penyakit-dan-gejala.html

Mat Pintu said...

manusia dah hilang pedoman. Mungkin cara hukum bunuhlah jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ni. At least, pesalah itu dihukum, dan masyarakat mendapat pengajran. Sama seperti konsep hukum hudud.
Akhbar semalam pun ada jgk siar satu lg berita tragis http://rockcintan.blogspot.com/2010/08/manusia-hilang-pedoman.html

alahai manusia...

akuvision said...

orang susah nak dapat anak diorang suka - suka nak buang. Ni diorang ni mana tengok berita, dalam bulan puasa yang mulia ni pun nak buat hal, tu bukan setan hasut tapi memang otak tu dah tak betul. Patut kena sula je diorang ni!
OpenCare buat tempat untuk diorang letak bayi yang tak diingini pun diorang tak amik kisah. Sanggup buang dari tanggung salah, kalau dah pengecut tu janganlah buat dosa.

RastaMat said...

HUDUD dan selesai masalah..

najib said...

sokong hukuman mati keatas pesalah.memang pesalah itu lebih teruk daripada binatang

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

moga dapat lah membendung gejala tak sihat niii.... kesian anak-anak zama sekarang

Idalara said...

salam
andai hukum hudud dilaksanakan insyallah masalah boleh di atasi.

Wanzie said...

salam dan selamat berpuasa
Sokong benar hukuman dilaksanakan segera. Dah pedih telinga ni dengar hari2 ade saje baby yg tak berdosa kena buang........

Khairul Azmi said...

mencegah lebih baik dari mengubati..
malaysia perlu kurangkan hiburan yg melampau dan segala aktiviti yg menggalakkan pergaulan bebas...
dan haramkan pusat kelab hiburan dan sebagainya yg berkaitan...

ataicha said...

just takut kerajaan kita just takut2 kan je.. cuba tegas mempratikan hukuman tu.. sure ramai yang mula membuka mata...

safiyyahosman said...

hukum ja bunuh..jgn bg can..org lain susah nak dpt baby..diorang buang senang2 ja..cukup sifat lak tue..

touya said...

hukum pancung ! atau kasi potong itu benda

p[A]n[A]d[O]L said...

nampaknya remaja skang nie semakin berani.
dah t'lbh xtreme..
hopefully hukuman bunuh ini akan mampu la bendung gejala2 sbegini.
tapi, dapatkah nafsu tue d bendung?
Wallahu'alam

AMiRU said...

Kalau polis ada database DNA semua rakyat Malaysia, bukan masalah besar nak cari sape penjenayah nye..

akusaja said...

lagikan kucing pun sasau bl hilang anak inikan pula manusia yg ada akal..hampeh betul la..

ini puncanya dari akhlak remaja yg kian meruncing, pergaulan terlalu bebas. Masyarakat pl xamik tahu, msg2 hdp sendiri2 sj..selagi xkembali kpd hukum Allah selagi tulah masalah takkan selesai..

cikmin said...

eloknya mereka ni gantung atau tolak dari bagunan tinggi..dikhalayak ramai..biar bersepai semua otak2 yg takde akal tu..klu hukum gantung..kita x nmpk..xde sape nak gerun..!!

yenyenpreng said...

hmm..mudah sgt nak dpt akses ke sumber2 x elok sekarang ni...yang penting remaja tu sendiri dengan pegangan imannya kan.

tapi since agama pn org dah x hirau..pembelajaran seks di sekolah kena dipertimbangkan.ikut hukuman berat2 mana manusia tahu takut..melainkan hukum hudud di jalankan.kita ikut landasan semula

walahualam..ini cuma pendapat saya

diana said...

tu la pasal..
tv,radio..
semua tayang hiburan..
sebab tu generasi sekarang ni tau nak berhibur je..
hiburan tu la punce masalah sosil tau tak???

Sharifah Nurul Shahirah said...

hukum pun xguna. maybe dorg akan rse lali dgn hukuman tu n dh xkesah ble buang baby mcm sampah.tnda2 dunia nk kiamat

Ahmad Soffian said...

Eleh yang komen kata TV radio tu hiburan tu bawa masalah buang bayi, memang takda otak... Korang tak tgk tv ke?

Buang bayi ni bukan masalah kat Malaysia je tapi kat serata dunia. Korang taip kat Youtube lagu Brenda's Got A Baby. Itu lagu tupac yang dibuat pada tahun 1994 di America syarikat. Citer pasal buang bayi gak.

Kat arab Saudi masih ada zina walau ada hudud. Hudud adalah satu hukuman dan bukannya penamat masalah.

Pendidikan tu penting!

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP