Sunday, January 9, 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara Super Siri Master Taiwan

Datuk Lee Chong Wei Dinobat Juara Super Siri Master Taiwan

DATUK Lee Chong Wei merangkul kejuaraan ketiga Siri Super Masters di Taiwan, hari ini selepas mengalahkan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-9, 21-14. Biarpun kemelut yang melanda dunia badminton tanah air dengan perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek taring Datuk Lee Chong Wei sedikit pun tidak menunjukan tanda-tanda ketumpulan biarpun turun ke gelanggang dengan tanpa kelibat jurulatih kesayangannya tersebut.

Sebaliknya Lee Chong Wei tampil dengan aksi-aksi kemas dengan pukulan tepat memerangkap Peter Gade sehingga menang mudah strait set. Kejayaan sebegini diharap dapat membuka mata pihak-pihak yang telah mengganggap Datuk Lee Chong Wei akan tersembab mudah pada kejohanan tersebut kerana emosinya yang terganggu. Amanat yang mungkin telah disematkan di dalam hati beliau dari Datuk Misbun Sidek pasti menjadi bekalan sewaktu bertarung di gelanggang.

Diharap kemelut dunai badminton tanah air akan segera berakhir untuk kita lihat lebih ramai lagi Chong Wei yang bakal lahir dari tangan Datuk Misbun Sidek. Majulah sukan untuk negara dari Rimau...


SPR (Sudut Pandang Rimau) : Selamatkan era kehebatan badminton kita..

10 comments:

Unknown said...

tahniah lee chong Wei!!

Anonymous said...

well done! :)

Anonymous said...

Salam Rimau..
Cuma terfikir bila nak tengok pelapis yang konsisten macam dia..

guesswhoiam said...

malaysia bolehh!

caliph shuriken said...

congratz lee chong wei & misbun sidek..

p/s: jika bguru dgn pakar, pasti result jgak yg tbaik ^^

alexayussida said...

congratz datuk!hee

one2paii said...

semoga industri sukan kita lebih maju

Mr.TN_SkY said...

ketepikan politik dri sukan..=_= Misbun dah cukup berjasa melahirkan seorang lee chong wei..haish.

mie said...

tahniah lee chong wei

AlfiEean WaRsi said...

congrats Datuk LEE chong wei...mngharumkan nama mesia... =]

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP