Monday, January 31, 2011

Harga Minyak Petrol Naik : RON 97 Naik 10 Sen


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini (01.02.2011) menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

SPG : Minyak Oh Minyak....

5 comments:

.:padie_eyla:. said...

-.-'' aku pegi isi minyak kol11 tadi, banyakkk gilaaa keretaaaaaaa. jem stesen. huhu

MIMIE AIZA said...

semua nak naik harga

tomatokering said...

ohh minyakk ..huk T_T

LadyBird said...

minyak naik..brg naik..
sakit hati lak..
dahla xde duit.. :(

pak long said...

terima kasih kerajaan....
naikkan la lagi..sikit baru naik..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP