Saturday, November 12, 2011

19 Bayi Lahir Tarikh 111111 Di Hospital Pantai Ampang


Seramai 19 bayi selamat dilahirkan pada tarikh keramat 11.11.11 yang dianggap sebagai satu tarikh yang istimewa di Hospital Pantai Ampang, Selangor Hospital Pantai Indah Sdn. Bhd. melalui satu kenyataan media memberitahu, tarikh hari ini iaitu 11 November 2011 adalah hari istimewa bagi ibu-ibu yang menyambut kelahiran bayi. Tarikh 11-11-11 merupakan hari yang sibuk kepada jururawat dan doktor di hospital dan banyak ibu bapa mengharapkan bayi dilahirkan pada hari istimewa ini.

Menurut kenyataan itu, antara bayi yang dilahirkan di Hospital Pantai Ampang adalah pasangan kembar kepada Tan Li Hwa dan suaminya Loj Kean Huat. Kata kenyataan itu, kedua-dua pasangan tersebut menyambut kelahiran anak kembar pertama keluarganya masing-masing dengan berat 2.1kg dan 2.33kg pada pukul 7.35 petang dan 7.36 petang.

5 comments:

محمد رازيق said...

masa zaman aku, tak berpeluang nak lahir tarikh2 macam ni :)

Unknown said...

mesti menarik nombor surat budak2 tu nanti...hehe

❤ Cik Fia ❤ said...

untunggg larrrr lahir tarikh cantikk.. huhue

Anonymous said...

mmg tarikh yg cantik

Pen Merah Staff said...

tapi kalau terengganu mesti lagi menarik nombor ic baby2 ni. 111111-11-**** kod terengganu 11 :)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP