Wednesday, December 14, 2011

Lelaki Dihukum Sebat 2,080 Kali Kerana Rogol Anak Sendiri Di Arab Saudi

Hukuman Sebat Kepada Perogol Di Arab Saudi

Seorang bapa dari Arab Saudi dijatuhkan hukuman sebat 2,080 kali oleh mahkamah Arab Saudi kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya, mengikut undang-undang syariah di sana. Walaupun si bapa mengatakan beliau melakukan sedemikian atas pengaruh dadah dan tidak sedar semasa melakukannya, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman tersebut sebagai pengajaran buat rakyat negara itu. Menurut sumber polis, tertuduh ditangkap oleh seorang bapa saudara kepada anak gadis tersebut. Bagaimanapun tidak dinyatakan identiti bapa berkenaan. Sekiranya hukuman sebegitu dilaksanakan di negara ini, jumlah kes rogol pasti akan menurun dengan drastiknya.

Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 di Malaysia ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes. Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya didapati menghidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi. Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Dan dikalangan masyarakat yang memegang adat yang kuat, umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap sebagai seorang yang ‘rosak’.

Mangsa-mangsa akan menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa ‘kotor’ ataupun berasa bahawa dia yang bersalah hingga sampai ke peringkat hendak membunuh diri! Begitulah teruknya kesan psikologi terhadap mangsa rogol, apatah lagi jika yang merogol itu darah dagingnya sendiri. Atas faktor itu, agak-agaknya memang patut tak mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 2,080 ke atas pesalah di atas?

3 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sangat patut...

e.l.i.z.@ said...

adeiii byk tuuuu...mesia patut buat mcm ni jgk

n!kKy wAwA _n!kKy kEch!k said...

sangat2 pat0t . . .

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP