Tuesday, December 20, 2011

Perkahwinan Gay Ariff Alfian…Bukan Salah Ibu Mengandung

Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu. Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland. Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian. Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan. Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi. Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana.

Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com. Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas. Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung. Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.

Sudut Pandang Rimau : Moga Berbahagia Sampai Ke "Anak Cucu"

15 comments:

BisMi Aishah said...

Ya Allah
apa nk jadi niE..
bahaya niee....

Azekzk said...

Apalah nak jadi dgn dia ini. Sama2 kita doakan supaya dia bertaubat sebelum terlambat.

Cik Meeja said...

Nauzubillahiminzalik.. Dunia dah nak kiamat agaknye..

khairul said...

nk termuntah aku !

GrimReader said...

persoalannya...mana satu jantan...mana satu betina?

Eastboy said...

Salam...beginilah dunia di akhir zaman. Segala-gala yg tertulis di dlm Al-Quran itu sememangnya sedang berlaku skrg ini. Dunia dah berbalik ke zaman lampau...semoga menjadi iktibar dan pengajaran yg berguna buat kita semua. Semoga kita semua di jauhi daripada segala bala bencana yg mendatang.

Cik Nurul said...

Ya Allah! hmmm

yahaya said...

geli tengok

akubest501 said...

geli...geli...geli...itu aje yg blh aku kata....

mustafa ambran said...

ini ler dia manusia akhir zaman...

miSs aMaL said...

eeuww..meremg blu roma.apo nk jadi.huh!

yusuflaili(Goku) said...

salam;
seram bila mengenangkan dunia ini menuju di akhir zaman...

mR.aSLaN said...

huh....
geli aku tgk

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

hahaha... bleh ke sampai ke "ANAK" "CUCU"?

misshannajr said...

dr awal tgk berita smpi skrg gelinya..sian kat parents beliau...knpa ka beliau tak guna otak..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP