Tuesday, July 20, 2010

Anak Durjana

Bahana Buku Lima

Seorang anak durjana sanggup menumbuk kepala bapanya menggunakan ‘buku lima’ sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan hanya kerana ‘rimas’ dengan nasihat bapanya yang mahu dia mencari pekerjaan dan berubah sikap menjadi orang baik.

Malah, anak sulung daripada enam beradik itu turut cuba memukul bapanya menggunakan tukul besi berhampiran rumah mereka di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam Off Jalan Istana Kuala Lumpur.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mustaffa, 44, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, dia yang baru pulang bekerja menegur isterinya berhubung sikap anak sulung lelaki mereka yang gemar melepak dan membuang masa bersama rakan sebaya. 

Mustafa yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di sebuah pusat beli-belah meminta isterinya menasihati anak mereka itu supaya mencari pekerjaan dan membantu enam adiknya. 

Ketika itu, anak mangsa yang berusia 21 tahun melepak dalam rumah. 

“Sebaik mendengar saya berkata demikian, dia menerkam ke arah saya dan memukul kepala saya dengan buku lima hingga kepala saya berdarah. Saya langsung tidak menyangka anak saya sanggup berbuat demikian,”

Menurut Mustafa, akibat kehilangan banyak darah, dia hampir pitam, namun cuba menahan diri daripada terjatuh. 

“Anak saya melarikan diri, namun beberapa minit kemudian, dia muncul kembali sambil menjerit dan cuba memukul saya menggunakan tukul besi. Mujur beberapa jiran yang melihat kejadian itu sempat menahannya. Ketika itu terdetik hati dia berniat untuk membunuh bapa kandungnya,” 

Menurutnya, sebelum ini anak sulungnya itu yang berhenti sekolah sejak berusia 16 tahun pernah beberapa kali menggertak mahu memukulnya setiap kali dinasihatkan supaya berubah sikap. 

“Dia hanya gemar tidur di rumah atau melepak di pusat beli-belah bersama rakan sebaya. Tidak tahan dengan sikapnya itu, saya menasihatinya berubah walaupun ada kalanya dibalas maki hamun dan kata-kata kesat. 

“Bagaimanapun, saya tidak pernah memukulnya berikutan percaya ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan hubungan kami sekeluarga. Namun, selepas bersabar hampir lima tahun, sikapnya kian sukar dikawal, malah pernah diberkas polis kerana terbabit aktiviti tidak sihat,"

SPG : Siapa yang silap dalam hal ni?

12 comments:

Lenny said...

keji tu anak tuh..

tapi kan.. kadang2... kalau kita kaji balik..
maybe ada salah parent jugak kat situh kan..

tak nak menegur anak dari kecil..

good entry.. pengajaran utk saya jugak.. sbb saya pon ada anak2 kecil.. jgn sampai besar tak bleh diajar plak kan..

kalau saya follow blog nieh boleh ke?

Rimau Sakti said...

Iye,boleh...jemput2 follow...saya follow balik nanti...tq lenny

PMOfficial said...

Bahaya btul la budak zaman skunk ni...hurm...minta dijauhkan pakcik dpt anak macam ni

RastaMat said...

nauzzubillahiminzaalik...

Un Phat Lee said...

jelas dan nyata.si anak yang bersalah.itulah akibat bila hati sudah keras,ego makin tebal,sukar nak terima nasihat orang lain. B)

nuriz said...

sapa yg silap?mungkin didikn agama tak cukup atau pengaruh kwn2 yg tak sihat

Anonymous said...

jgn slhkan ibu mengandung...huhu....lau ak jd ayh die...dh lame ak tanam ank die idup2..hehe

datin kelly ketak said...

mak bpak kene lg tegas...tegas...tegas dan tegas....adik saye ada sorg yg degil yg amat cmni la...pastu disebabkan kegarangan dan ketegasan melampau ayah saye, maka adik saye dihantar pi rehab kt skola pondok masa cuti skola, berkat dpd tu pastu dia dpt 5A upsr dan masuk MCKK...
alhamdulillah....

sibersensasi said...

ada anak yang sanggup tendang bapa hingga jatuh dari tangga kerana bapa menegur anak buka suara radio kuat.

amirah said...

sedihnya jd bapak lau cmni la anak2

atieaizam said...

apa nak jadi dgn budak2 sekarang ni.. :(

Anonymous said...

dunia dh akhir zaman

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP