Nak cantik, tidak perlu bersusah payah. Dalam hanya 15 minit, kulit yang kendur boleh menegang. Itulah masa diambil seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor pakar untuk mengubah wajah pelanggannya supaya lebih cantik dan menawan menggunakan suntikan botox dalam operasi di sebuah bilik hotel tiga bintang di Lembah Klang.
Berusia 40-an dan memperkenalkan dirinya sebagai Lim, dia mendakwa berpengalaman lebih lima tahun dan berani memberi jaminan suntikan itu berkesan dalam membuatkan seseorang itu lebih cantik dan menawan.
Darah yang keluar disapu dengan kapas manakala wanita tidak menunjukkan rasa sakit, malah membiarkan Lim terus melakukan tugasnya dengan dibantu seorang pembantu wanita berusia 40-an. Proses melakukan suntikan mudah kerana Lim hanya menyapu krim sebelum menyuntik bahagian yang perlu ditegangkan. Semuanya selesai dalam tempoh 15 minit. Begitulah senario rutin yang berlaku di dalam sebuah bilik yang digunakan LIm untuk tujuan tersebut.
Di bilik berkenaan, beberapa bekas ubat-ubatan, botol cecair botox serta satu bekas jarum suntikan diletakkan pada meja solek. Jarum suntikan botox yang sudah digunakan berselerak di tepi katil sebelum pembantu wanita yang mendakwa doktor itu mengambilnya untuk dibuang sementara di bilik air.
Dia menyediakan khidmat menyedut lemak. Menakutkan apabila rawatan menyedut lemak itu dilakukan semudah kiraan satu, dua, tiga. Boleh dilihat dengan jelas Lim membius lengan pelanggannya sebelum menyedut lemak menggunakan jarum suntikan. Jelas kelihatan lemak seperti minyak bercampur darah dalam bekas khas yang disambung dengan jarum suntikan terbabit.
Manusia dewasa kini tidak lagi mementingkan kesihatan. Malah sanggup menggadaikan tubuh semata-mata untuk dilihat cantik di mata, tapi badan merana.
9 comments:
this is crazy!!
cantik mmg boleh tp x selamat dgn cara segera ni..
SUNGGUH X SANGGUP!
iskh2 macam2 buat sbb nak cantik ..mankete
hoi ho ya hoi, pelik2 manusia zaman sekarang
adeh..sanggup bah dorang ni
ngeri eh....saye dah cantik....x yah pakai ni suma....;p
hmmmm tk takut ker kena aids....jarum yg tercemar bole membawa padah...
Seriously?? Is it so important to be "beatiful?" Worth the price of a life?
MY LATEST ENTRY: Kids Fun Time Contest-The Prizes arrived!
takut sial, x fikir HSE langsung! bersyukurlah dgn apa yang ada, baik dan buruk dtg daripadanya, ada rahmat disebaliknya...
Post a Comment