Thursday, July 22, 2010

Teksi Terselamat Dari Disamun

Kehadiran Polis Tepat Pada Masanya


Tiga penyamun cilik amatur gagal dalam cubaan mereka menyamun seorang pemandu teksi, apabila tindakan mereka itu disedari dua anggota polis peronda sebelum mereka diberkas. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, Sabtu lalu, semua suspek yang berusia 16 tahun itu cuba menyamun seorang pemandu teksi di Jalan Haji Abang Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menggunakan pisau dan belantan besi.

Menceritakan saat mencemaskan itu, mangsa S Arunaithurai, 51, berkata ketiga-tiga remaja terbabit menahan teksinya di sebuah pusat beli-belah di Bangsar dan memintanya menghantar ke TTDI.

S Arunaithurai berkata, pada mulanya dia keberatan untuk menghantar mereka, tetapi kerana kasihan dan keadaan ketika itu hujan lebat dia bersetuju.

Dua daripada suspek duduk di belakang manakala seorang lagi duduk di sebelah beliau serta mengatakan ingin ke rumah rakan mereka. Sebaik tiba tempat dituju seorang daripada mereka keluar, tetapi kembali semula ke teksi.

Suspek memberitahu rakannya tiada di rumah dan ingin berehat sebentar dalam teksi sementara menunggu rakannya pulang. Selepas beberapa ketika mereka mengacukan pisau ke leher dan mengarahkan dia menyerahkan semua wang dan barang berharga.

Menurutnya, bimbang leher dikelar dengan pisau pemotong daging, dia menyerahkan semua barang berharga miliknya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg, namun ketika itu tiba-tiba mereka didatangi sebuah motosikal.

Semua suspek mula panik dan mengancam untuk membunuh dia jika membuat bising. Daripada gaya mereka yang menggelabah itu, pemandu teksi itu percaya mereka bukan penjenayah profesional.

Sebaik dua orang yang menaiki motosikal itu berhenti berdekatan teksi, pemandu teksi itu keluar dan berlari meminta tolong kepada mereka. Rupa-rupanya mereka anggota polis berpakaian preman dan terus menangkap semua suspek.

Mangsa ke balai polis TTDI untuk membuat laporan dan dia bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami kecederaan atau kerugian.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abd Khalid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya semua suspek kini direman.


SPG (Sudut Pandang Garuda) : Moga Pengalaman Pemandu teksi ini dapat menjadikan kita lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang... Jenayah Itu PadaH

5 comments:

Asri ali gur said...

apa punya pencuri teksi pun ko nak tibai...jahanam punya pencuri

akuvision said...

nasib baik itu preman ada itu jam la kawan

azzahoney said...

padan muke...tula...kecik2 dah pandai menyamun...

Unknown said...

macam2 hal sekarang ni>>>

gnesop said...

kalu tak teksi kena samun, teksi yg menyamun.. huhuh
jenayah semakin membimbangkan..iks..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP