Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.
Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.
Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.
Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan.
Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.
Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini.Dia berkata, kebiasaannya uri untuk awet muda itu dijadikan hidangan dalam bentuk sup.
Selain makan uri ‘segar’ ada segelintir wanita mengeringkan uri berkenaan yang kemudian dijadikan bahan ramuan masakan. Mereka lakukan begitu dengan kepercayaan ia mampu menyeimbangkan hormon dalaman dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin.
Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa.
Ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam.
Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya.
Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik. Pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri.
Pada masa sekarang,banyak produk kosmetik di negara kita yang menggunakan uri haiwan sebagai bahan ramuan.Penggunaan uri haiwan/manusia dalam kosmetik adalah HARAM!!!!. Walaupun haiwan tersebut adalah halal dimakan.
Plasenta yang digunakan didalam kosmetik atau perubatan kebiasaanya dari lembu atau biri-biri.Plasenta akan dicuci mengikut spec yang ditetapkan kemudian akan campur dengan krim,masker atau pun suntikan.Kadang-kadang terdapat juga vitamin-vitamin yang ditambah dengan plasenta. Kadang-kadang pengguna sanggup menelan atau menyuntik yang haram kerana ingin muka yang cantik!!Adalah hak anda untuk mengetahui kandungan ramuan sesuatu produk.
Kalau omputih buat makan jer uri ni!
Jangan main tibai jerrrrr... Kalau di negara omputih, plasenta ni dia orang buat menu makan petang jer.Kalau dia orang boring makan menu Plasenta dengan keju,dia orang masak plak plasenta dengan brocoli!
Demikianlah sebuah lagi kisah yang boleh dianggap songsang di zaman manusia yang serba moden ini. Sama-samalah kita mengindari dari perbuatan yang tidak masuk akal ini.
10 comments:
yuewwwwwww...geli la...how these ppl can eat this such of dirty....
org xberpegang pad agama memang bodoh cmni...apela
eee cemana leh mkn tu..tepesong akidah le kalo org islam mkn jugak..peliknye
uri masak kicap ada ke?
eyukksss.
kalau laki2 makan jadi apa? lallala~
Kalau uri goreng belacan, aku nak try..
hahahaha...
Mintak jauh2 la dari benda2 macam ni..
banyak lagi makanan yang elik...
Lahirnya Nabi Muhammad menandakan tibanya "akhir zaman".
Di akhir zaman ini, bermacam-macam perkara yang dahulunya pelik dan tiada orang yang buat, tapi sekarang ni seperti jadi kebiasaan.
Tahun2 sebelum ni ada kes orang buat sup janin di singapura. Janin itu diambil dari hasil pengguguran janin oleh wanita yang mengandung di luar nikah. Negara kitapun dah mula ada masalah sosial seperti itu. Mereka pandai buat tapi tak pandai simpan. Susah payah buat, tapi main buang je. Nasib baiklah Stacy kata di dalam lagunya "Cintaku bukannya jenis pakai buang..." Boleh juga dijadikan nasihat...
Manusia memang ada masanya buat silap. Tetapi Allah S.W.T yang maha pengasih dan pengampun sentiasa membuka pintu taubat. Marilah buat perubahan yang dimulakan dengan solat lima waktu dengan lengkap. Itu asas dan tiang agama.
salam..
harap bangsa kita tidak terpengaruh dengan amalan sonsang ini..
org gila pown tak makan mcmni! uwek...uwek!!!
Hmm..rasa nak muntah tengok..:-(..tak sanggup rasanya.
Post a Comment